KAKI BOLA,BOLA KAKI
Pagi itu sebaik masuk kelas, cikgu kelas ada menyebut nama aku Mazlan,dan Masran.Meminta kami bertiga keluar menuju kepenjuru padang sekolah yang betul2 berada di depan kelas.Cikgu kelas meminta Masran dan Mazlan berlari keseberang padang untuk melihat siapa yang lebih pantas di antara mereka bagi mewakili sekolah dalam larian 100 meter...senang nya cikgu memilih wakil sekolah waktu itu..Dalam larian pergi balik, ternyata Masran mendahului Mazlan dalam ujian itu...terkempis2 mereka berdua menahan nafas dalam cubaan berlari secara sepontan begitu...Cikgu memilih Masran untuk mewakili sekolah dalam acara larian 100 meter antara sekolah sekolah yang akan di adakan pada keesukkan pagi di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Kluang, Rengit. Mazlan di pilih untuk berserta kumpulan murid lelaki lain dalam acara 400 meter lari berganti2..
Awak...!..cikgu menunjuk kearah aku, lalu mengeluarkan arahan untuk aku, mewakili pasukan sekolah dalam acara Bola sepak...antara sekolah-sekolah bersama kumpulan pasukan bola sepak yang telah di kenal pasti sebelum ini.......?????..tak ada apa bantahan, cuma mengganguk..sekadar tahu Bola Sepak... tapi tak paham bagaimana permaianan Bola sepak itu..lebih2 lagi mengenai peraturan, cara permainan yang betul,.hukuman2,kedudukkan seseorang dalam pasukan itu sendiri, Selama ini cuma bermain tendang2 bola je di sekolah, maupun di padang2 lalang di rumah...Petang2 jika tak mandi kesungai, atau melastik burung, atau mencari upih pinang, atau, main getah gelang, gasing atau berjualan aiskrim atau lain2 aktiviti bebas sendiri, tiada lah aku ini minat atau suka atau pandai dalam acara sukan..bukan mengada2 tapi memang tiada minat kearah itu.
Sebelum masuk kelas semula, cikgu mengulang semula pesanan nya bahawa apa yang di sebut sebentar tadi adalah muktamad.Akur dalam kaedaan termangu2, aku bertiga mengganguk kan kepala je...Satu lagi pesan nya, besuk pagi, murid2 yang di pilih untuk mewakili sekolah di kehendakki hadir awal dari biasa.Bas yang di sewa olih pihak sekolah akan menunggu di rumah tukang kebun, semua murid akan berkumpul di situ untuk memulakan pergerakkan...Tiadalah kegembiraan untuk merasa teruja akan pemilihan itu..keterujaan nya cuma pada, bahawa besuk pagi akan menaikki bas beramai2...dimana kaedaan begitu bukan peluang yang selalu di perolihi. pekara kedua yang mengundang kemegahan ialah, terpilih dalam mewakili sekolah dalam permainan bola sepak, Sedangkan abang2 aku, ketawa mengekeh2 untuk menerima berita, aku mewakili sekolah dalam perlawanan bola sepak...Kawan2 sekampung cuma ucap bagus dan menyatakan gembira tapi berbaur sindiran malah iri hati....huhuhu.
Sebagaimana yang telah di tetapkan, Pagi itu ramai murid2 lain telah berkumpul di rumah tukang kebun untuk mendengar taklimat terakhir dan juga sarapan pagi sebelum rombongan bergerak..Cikgu menekankan agar semua murid2 makan kenyang2 dan yang paling mengujakan, bila cikgu berpesan juga agar makan telor rebus yang telah di sediakan, seberapa banyak yang bolih,.Isteri tukang kebun membekalkan telor rebus untuk di makan di dalam perjalanan nanti.Bukan lah selalu untuk kanak2 kampung dapat peluang makan telor rebus begitu dalam jumlah yang banyak.Selalu nya kalau makan telor rebus di rumah dalam bentuk irisan kecil2 dalam nasi bancaan yang di buat olih keluarga.Telor sebiji di belah2 halus menggunakan benang untuk di agihkan kepada ramai adik beradik....
Bila sampai ke Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Kluang, Rengit, semua murid menuju kepadang.Tiada lah lain tumpuan ku untuk acara yang lain, Melainkan acara bola sepak yang telah di tetapkan pada aku semalam.Sebenar nya sejak pagi semalam bila cikgu menyebut arahan untuk bermain bola sepak, aku tak bolih tidor malam, memikirkan tanggungjawab yang terpaksa di pikul. Dan sebenar nya aku tak tahu langsung pasal bola sepak yang aku sebut sebelum ini.
Cikgu suruh aku dan kawan2 yang mewakili sekolah dalam acara bola sepak, supaya bersiap sedia di tepi padang, kerana sebentar lagi. acara bola sepak akan di mulakan.Tambah debar dalam dada ini malah kepucatan air muka dapat aku rasakan....Teringat sebelum melangkah menaikki bas, tukang kebun ada meletakkan besen buruk berisi bara api berbau kemenyan, berkepul2 asap nya menyalut tubuh dan menyesak baunya memenuhi bas yang di naikki.Tukang kebun kata ...upacara itu adalah untuk menguatkan semangat murid2...huhuhu.
Sebaik saja wisel di bunyikan cikgu menjerit agar segera memasukki padang. Perasan setokin yang aku pakai adalah setokin kerja abang, agak longar dan selalu melurut ke buku lali.Tiada lain tumpuan ku ketika berada di padang melainkan sentiasa memandang di mana kedudukkan bola dan berlari kemana saja bola pergi...hampir seluruh padang aku jejakki bola, dan berlari selagi mampu....tiada lah mengira akan posisi sebenar akan tugas ku sebagai pemain bola sepak...Aku cuma berhenti berlari bila wisel di tiup tanda permainan di berhentikan pada separuh permainan...Kaedaan itu aku teruskan dalam masa permainan kedua sehinggalah tamat permaianan.Aku cuma mengetahui bahawa sekolah aku kalah dalam perlawanan itu setelah berada di tepi padang saat berkumpul di akhir permainan..Petang itu terasa begitu amat letih, tidak lah seletih sebagaimana bermain kejar2 sewaktu mandi di parit, atau sungai, tidaklah sepenat mengejar burung wak2 dalam kebun sewaktu memburu nya....ahhhh...nyampah nya aku dengan kaeadaan terlibat dalam permainan yang aku tak tahu , tak paham dan tak minat....
Bola sepak, adalah satu permaianan yang di gemari ramai orang, tak kira tua atau muda, kanak2 atau remaja, semuanya ketawa gembira pasal bola..Aku terikut ketawa bila tenguk bola sepak, bukan ketawa turut gembira sebab kegirangan mengira kemenangan pada pasukan yang disokong tapi ketawakan diri sendiri, bahawa aku adalah pemain bola sepak yang mewakili sekolah untuk kali pertama dan terakhir....hehhehe ...sampai sekarang,aku pun tak tahu sangat pasal bola...cuma gembira melihat orang gembira...Tapi ada juga sedikit sumbangan ku untuk merasa terlibat dalam sukan bola sepak...sekurang2nya aku memberi sokongan semangat...lebih2 bila pasukan negara terlibat dalam perlawanan yang menuntut kemenangan demi maruah negara.....Oooooo.... sepak bola..! kata arwah bapak...
Bawah pohon kelapa...D"Ngamarto....5hb okt 2013, jam 2.00 pagi.
0 comments:
Post a Comment