BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 6 April 2011

WILALONG




Tuesday 5 April 2011

LASTIK KU


LASTIK KAYU ADALAH SENJATA MAINAN KANAK-KANAK, TERUTAMA KANAK-KANAK LUAR BANDAR. ALATAN MAINAN INI BIASANYA DIBUAT SENDIRI OLIH KANAK-KANAK TERSEBUT.BAHAN YANG DIGUNAKAN BIASANYA DARI ANAK-ANAK POKOK KAYU YANG BERCABANG.BENTUK CABANG  BIASA NYA SUDAH TERBENTUK DENGAN SENDIRINYA PADA  DAHAN POKOK TERSEBUT.CABANG POKOK SENDUDUK SELALUNYA BANYAK DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT LASTIK INI.SELAIN ITU DAHAN POKOK JAMBU BATU,POKOK KOPI,KAYU LEBAN DAN POKOK-POKO KAYU HUTAN YANG KERAS DAN TAHAN BOLIH DIGUNAKAN.KADANG-KADANG BATANG BULUH PUN BOLIH DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT LASTIK.MEMBUAT LASTIK DARI CABANG POKOK KOPI ATAU JAMBU BIASANYA TIDAK DIGALAKKAN OLIH ORANG TUA-TUA PADA MASA IYU,,SEBAB POKOK-POKOK TERSEBUT ADALAH POKOK YANG MENGELUARKAN HASIL TERUTAMA POKOK KOPI.

MAINAN LASTIK INI AGAK BAHAYA SEBAB PELURU YANG DIGUNAKAN DARIPADA BIJI KOPI,BATU ATAU BUAH-BUAH YANG KERAS BOLIH MENDATANGKAN KECEDERAAN JIKA TERKENA PADA BAHAGIAN BADAN KITA,EMAK BAPAK CUKUP RISAU JIKA DILIHAT ANAK-ANAK BERMAIN LASTIK,TAKUT KENA KEPALA KAWAN-KAWAN KITA TERUTAMA BAHAGIAN MATA.

ALASAN KUAT UNTUK IBU BAPA MEMBENARKAN BERMAIN LASTIK IALAH BILA DI BERITAU LASTIK YANG DIBUAT INI DIGUNAKAN UNTUK MELASTIK TUPAI.SEBAB TUPAI ADALAH BINATANG PEROSAK YANG SELALU MENGGANGU TANAMAN SEPERTI BUAH2AN ATAU BILA TUPAI MEMAKAN BUAH KELAPA TANAMAN ORANG-ORANG KAMPUNG.TETAPI KANAK-KANAK KALAU SUDAH BERMAIN LASTIK, LEBIH-LEBIH KALAU DALAM KUMPULAN MAKA APA SAJA YANG MELINTAS DIHADAPAN SEMUANYA MENJADI SASARAN,BURUNG ,AYAM,KAMBING,LEMBU DAN LAIN-LAIN BAGI MELEPASKAN GERAM ATAU MENUNJUK HANDAL.SETIAP KANAK-KANAK AKAN MENGANTUNGKAN LASTIK PADA LEHER MASING-MASING.SEMENTARA PELURUNYA AKAN DI ISI PENUH DALAM KOCEK SELUAR.
EMAK BAPAK SEKALI LAGI AKAN MENUNJUKKAN CURIGA KALAU PELURU YANG DIGUNAKAN DARI BUAH KOPI, SEBAB BUAH KOPI ADALAH SUMBER PENGHASILAN YANG BOLIH DIJUAL BAGI MEMBELI BARANG KEPERLUAN..

satu lastik buatan tangan yang sempurna.
 lastik ini diperbuat dari kayu jati

kelongsong tembaga digunakan utk kemasan
 Dua lapisan kulit dijahit tangan untuk dijadikan tempat anduh peluru

Lastik yang telah siap dan bolih digunakan

Lastik yang sudah siap di masukkan dalam kotak untuk kenangan
Tersimpan rapi dalam kotak kenangan
Muariff belum masa untuk bermain lastik
Lapisan kayu jati yang digam dengan gam khas,menghasilkan lapisan tone warna.Bertambah cantik dan menarik bila kemasan terakhir di sapu dengan lapisan terang lutsinar kalis air.

Monday 4 April 2011

PESAN PESAN DI LATARWANGI

PANTUN LATARWANGI

 Latar wangi siap sudah,
Rumah cantik atas bukit,
Kemas barang bolih lah pindah,
Duduk sini bercucu cicit.

Rumah cantik atas bukit,
Senang hati dipandang orang,
Hidup bahagia tidak sakit,
Nikmat kita budinya orang.

Senang hati dipandang orang,
Biru kuning warnanya terang,
Kalau dikenang budinya orang,
Wajah ceria hatinya lapang. 




Biru kuning warnanya terang,
Nampak dari seberang jalan,
Cantik lagi dibulan terang,
Tamu datang ikhlas dilayan.




 






Nampak dari seberang jalan,
Bunga wangi menghias laman,
Kalau syukur jadi amalan,
Fikiran kusut jadi aman.




Bunga wangi menghias laman,
Laman nya luas tempat mainan.
Tidak malu taulan dan teman,
Kalau penghuni melempar senyuman.
 

Laman nya luas tempat mainan,
Pohon kemboja banyak dahan,
Layanan ikhlas buah sajian,
Buruk sangka mainan syaitan.
 

Pohon kemboja banyak dahan,
Unggas terbang hinggap disitu,
Baik buruk jadi ukuran,
Mulia hati sukar ditiru..



Unggas terbang hinggap disitu,
Bumbung tinggi burung bersarang.
Jadikan adab nombor satu,
Betapa mahal budinya orang.
 

Bumbung tinggi burung bersarang,
Gaya sahaja seni cantuman,
Mungkin tinggi di kira orang,
Entah kosong disisi Tuhan.




Gaya sahaja seni cantuman,
Tampak payah tidak disusahkan,
Walau layu bunga ditaman,
Hujan tak turun air disiramkan.




Tampak payah tidak disusahkan,
Upah tukang bukan balasan,
Tidak terbalas segala kesusahan,
Hanya ALLAH beri balasan.



Syaitan tak henti menghasut,
Kata pujian umpama rumput,
Hanya ENGKAU yang aku maksud,
Keredhaan MU yang aku tuntut.

Hanya kesombongan yang di akibatkan olih menurut saja bisikkan syaitan itu sangat melampaui batasnya. Maka termasuklah kita dalam golongan orang-orang yang kufur nikmat. 

Sembahyang nya banyak,rajin beramal bukan ukuran untuk manusia berhati mulia,

Sesungguhnya kunci syuirga itu tak dapat dibuka olih banyaknya amalan kita,tetapi olih kerana kemurahan Allah dan kerendahan hati kita disisi ALLAH swt.




Saya yang benar.

.................................................