BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 2 October 2013

DAGANG AIS KRIM

DAGANG AIS KRIM
1969-1970


Perjalanan 7 batu (12 kilometer) dengan menaikki basikal dari rumah ke Pekan Rengit,tidak terasa jauh. Semangat untuk berniaga AisKrim macam anak Galong yang selalu keluar masuk kampung, membuat aku dapat idea,menjual aiskrim,untuk mendapatkan wang jajan dan wang poket bagi membeli sesuatu yang aku ingini.Bila cuti sekolah hujung minggu atau cuti penggal persekolahan, aku mula berkira kira untuk memulakan menjual aiskrim.Dengan duit untung jualan aiskrim itu nanti bolih lah aku membeli seluar panjang.

Perjalanan sepanjang hari, menggunakan basikal kargo bapak,terasa penat mengayuh nya, sebab saiz basikal tidak sesuai dengan saiz tubuh badan waktu itu.Bila duduk di tempat duduk basikal, kaki tidak dapat jejak mengayuh nya sebagaimana orang dewasa.Untuk mengayuh basikal saiz dewasa ini, terpaksa lah mengayuh dengan menghenyakkan kaki kiri dan kanan berserta tubuh kita sekali di atas palang basikal tanpa dapat duduk selesa di tempat duduk nya.Dengan membawa beban tong aiskrim yang berat, bermasaalah juga untuk mengimbangi basikal daripada jatuh, terutama semasa mau memberhentikan basikal atau mengawal basikal di jalan yang berlopak dan becak.

Namun kekuatan semangat, tidak memikirkan itu sebagai satu masaalah besar.Apa yang penting setiap kampung mesti di jelajahi untuk menghabiska seberapa banyak jualan aiskrim.Setiap batang atau potongan aiskirim sangat bernilai dan sentiasa ada perkiraan.

Untuk berjualan aiskrim pada hari cuti sekolah, terpaksa meminjam basikal bapak.Kekadang tidak pun memberitahu dahulu pada bapak, bangun sepagi yang bolih terus kayuh ke Pekan untuk mendapatkan bekalan aiskrim dari kedai aiskrim.Deposit tong dan air batu di kenakan RM3.00, manakala aiskrim akan di jual dahulu baru di kira.Mana aiskrim yang tak habis di jual akan di pulangkan semula.Waktu itu tidak lah ramai penjual aiskrim kanak2 seperti yang aku lakukan.

Beberapa kali juga terjatuh di jalanan sebab mengelakkan jalan berlopak dan becak bila melalui jalan2 kampung, yang kebanyakkan pada masa itu belum di turap tanah merah (grewel) apatah lagi berturap Tar.Seronok kalau dalam kampung ada majlis kenduri kawin, Tak payah nak bergerak jauh2, tunggu saja di jalan pintu masuk tuan rumah.Kadang2 tak habis juga kerana hujan atau sesetengah ibu bapa tak mengalakkan anak2nya membeli aiskrim, di sebabkan dah makan nasi minyak di rumah orang kenduri kawin dan disebabkan juga rata2 ekonomi orang kampung agak terbatas waktu itu.



Purata jualan seharian bolih meraih pendapatan antara RM1.50 hingga RM3.50 sen.Kalau dapat hari2 berjualan aiskrim maka cepat dapat mengumpulkan wang,Cuaca hujan atau basikal, bapak gunakan untuk bekerja di kebun yang jauh, menyebabkan niat untuk berjualan tergendala.

Bila cuti penggal persekolahan, masa agak panjang.Waktu itu bolih lah berjualan aiskrim untuk mengumpul duit bagi membeli seluar panjang.Ketika usia mneginjak 10 hingga 12 tahun, keinginan untuk cepat jadi remaja dan kelihatan sebagai orang bujang sangat mengujakan.Teringin nak bergaul dengan abang dan kawan2 nya yang sudah remaja yang di gelar orang bujang.Selalu berkira2, kalau dapat berseluar panjang dapat lah bergaul dengan abang dan kawan2 nya.Tapi biasa nya kalau nak cepat remaja seterusnya jadi orang bujang, kenalah bersunat dulu.

Dengan keinginan yang melonjak begitu, tiada lah turun semangat ini untuk cepat mengumpulkan duit bagi membeli seluar panjang.Ada peluang menggunakan basikal bapak untuk sepanjang minggu, sebab bapak tak ada nak pergi kerja jauh.Beberapa hari berjualan aiskrim, sudah dapat mengumpulkan duit sebanyak RM7.50. Kalau beberapa hari lagi berjualan ditambah dengan cuaca musim panas yang berlaku, maka untuk membeli seluar panjang sebagaimana impian sudah nampak cerah.Setiap hari wang jualan aiskrim di kira2, sehinggakan untuk meninggalkan dan menyimpan nya di rumah terasa tidak tenteram hati ini, Bukan takut wang itu hilang kerana di ambil orang, tapi merasa puas jika wang itu sentiasa ada dalam kocek seluar pendek.

Setiap sen bertambah, menjadikan hati ini semangat untuk terus bergerak menuju kampung2 mencari pelangan.Bila ada saja kesempatan untuk berehat di mana2 tempat teduh, duit akan sentiasa di kira. Ketika untuk mengira wang yang memang sudah tahu berapa jumlah nya, tiba2 terasa wang yang di ikat di hujung kocek seluar sudah tiada. Jatuh tercicir entah di mana, sebab bucu kain kocek yang di ikat telah reput kerana sudah lama di makan masa.

Petang itu setelah pulang kerumah, Tiadalah lain dalam pikiran ini melainkan melayan kesedihan membawa kemalam.Emak cuma pesan dan menyabarkan agar lain kali berhati2 dan esuk di suruh berjualan, kumpulkan duit lagi.


Loceng Kenangan

selang beberapa bulan selepas itu, bila cuti penggal akhir tahun, bapak hantar pergi bersunat di kampung baru, senggarang. Lepas sunat abang berikan seluar panjang yang sudah tak muat di pakai nya.Maka bergaya lah aku memakai seluar panjang abang punya. Bila waktu petang, aku cuba tumpang bergaul dengan abang dan kawan2 nya, tapi selalu di marah dan di suruh pulang, sebab budak sekolah mana bolih main sini dan keluar malam2. Balik dan belajar sana...!..huhuhu


......2 oktober 2013 Latarwangi

0 comments: