BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 30 March 2011

KEMBOJA DI LAMAN






KEMBOJA DIHUJUNG LAMAN.
BUNGA WANGI BANYAK DAHAN
KEMBOJA MENGHIAS LAMAN
LAMAN LUAS TEMPAT MAINAN


BUNGA WANGI BANYAK DAHAN,
UNGAS SUKA HINGGAP DI SITU
KALAU RINDU TIDAK TERTAHAN
DARI JAUH MENGAMIT RINDU




















Tuesday 22 March 2011

TEROMPAH PERTAMA KU

Tak sengaja datang dalam ingatan nostalgia lama, saat saya memandu di Lebuh Raya utara selatan, Dari Johor Bahru menuju ke Yong Peng.Niat untuk melawat ladang tanaman di Kg Amarto.Di hujung minggu bagitu memang saat menyenangkan untuk berpergian keluar kota. Meninggalkan kesibukkan bandar dan juga tugas rutin harian.Sememang nya sering dalam jadual dua atau tiga minggu sekali saya akan mengunjungi ladang tanaman kelapa sawit yang saya usahakan di Kampung Amarto. Saja Meninjau-ninjau juga bertanya kabar kepada pekerja yang menjaga ladang tersebut.

Pemandangan hijau di kiri kanan di laluan luas terbentang jajaran lebuh raya sebagai tulang belakang negara Malaysia ini.Hamparan biru terbentang pemandangan gunung ganang sayup mata memandang.

Terasa saya ini sangat beruntung dan bersyukur menjadi penghuni negara aman seperti Malaysia. Bebas dan nyaman dimana-mana, tak sama dengan kaedaan nya di negara luar yang saya dengar berita dan gambarnya di television atau surat kabar.Terima kasih saya kepada pemimpin2 negara yang bekerja keras berusaha untuk membangun dan mentadbir negara ini dengan baik dan jayanya.Pembinaan Lebuh raya ini juga sebagai satu kemudahan hubungan darat yang pantas dan selesa.Tentunya keputusan yang dibuat olih pemimpin2 kita untuk membina lebuhraya ini tepat pada masanya dan untuk kebaikkan rakyat semua..

Lanskap yang di atur sepanjang lebuhraya ini bagitu kemas dan terselenggara dengan baik .Selain papantanda pemberitahuan dan amaran yang dipasang,Terdapat juga dengan banyaknya papantanda komersial terpacak dimana-mana ruang pandangan. Pihak pengurusan juga nampaknya menanam pokok jati sebagai tanaman jangka panjang yang bolih diraih hasilnya bila cukup tempoh matang.

 Terpandang sekumpulan pekerja syarikat kontraktor pembersihan sedang menebang pokok2 kayu jati di sepanjang lebuh raya ini.Belum cukup matang saya kira pokok ini untuk dituai hasil kayunya.Tapi kenapa agaknya pokok jati yang bermutu tinggi ini ditebang sedangkan ianya ditanam untuk tujuan jangka panjang. Melihat cara penebangan yang dilakukan olih pekerja2 kontraktor tesebut kaedah penebangan itu seolah tindak pemusnahan bukan penebangan penuaian sebagaimana sepatutnya.Saiz pokok jati yang ditebang itu pun masih bersaiz kecil, lebihkurang 4 hinggan 6 inchi garis pusat.Sedangkan kalau mengikut saiz kayu yang ditebang seperti kayu balak yang terdapat dalam hutan, tentunya saiz yang saya lihat tak kurang 12 inchi keatas sebagaimana yang di angkut olih lori2 balak yang lalu lalang di laluan2 lebuh raya ini.

Sengaja memberhentikan kenderaan di tepi laluan kecemasan sambil bertanyakan kepada pekerja kontraktor yang sedang melakukan kerja penebangan dan pembersihan di situ.Kenapa pokok yang ditanam dengan perancangan jangka panjang ini ditebang sebelum sampai masanya.

Pokok2 jati ini tidak ditebang dan dibuang semua.Jajaran barisan pertama dan kedua dimana kedudukkan nya sangat menghampiri laluan...pokok2 itu lah yang dibuang dan ditebang supaya tidak menggangu laluan dan keselamatan kenderaan bila pokok ini mencapai saiz matang sebenar nanti.Kedudukkan tanaman yang sangat hampir dengan laluan di khuatiri membahayakan pengguna2 lebuhraya...Kenapa dulu semasa menanam pokok ini tidak diambil kira kaedaan ini.Bukankah kos anak benih, upah menanam,baja penjagaan dan penyelenggaran telah banyak dikeluarkan. Belum termasuk kos upah melantik kontraktor membuat kerja2 penebangan akibat kesilapan perancangan seperti ini.

Melihat kaedaan sedemikian terasa sayang akan pokok kayu jati di tebang dan dipotong bagitu rupa.Sesetengah nya terdapat saiz yang sudah lebih dari 6 inchi hingga 10 inchi garis pusatnya..Dan penjelasan dari penyelia yang mengawasi pekerja2 kontraktor tersebut, kayu2 jati yang belum cukup matang ini hanya bolih dijual kepada peraih2 kayu dengan harga rendah dan kegunaan nya cuma untuk dijadikan kayu dibuat palet2 atau diperoses di buat serbuk untuk kegunaan perabut.

Sebelum beredar saya memohon untuk mengambil sebahagian potongan kayu jati untuk saya bawa balik. Manalah tau ada sesuatu yang bolih saya olah kayu ini menjadi barangan yang berharga.Memang saya ini berminat akan kerja2 pertukangan kayu.Panjang potongan kayu jati yang saya ambil itu kira-kira 3 kaki panjang dengan garispusatnya 4 inchi.

Menyambung pemanduan di lebuhraya menuju ladang tanaman di Kampung Amnarto Yong Peng,Timbul dipikiran saya..nanti bila kayu ini kering saya akan buat Lastik dan Terompah.

3 bulan kemudian bila saya terpandang akan potongan kayu jati yang saya simpan dalam setor dirumah, saya segera teringat akan niat saya pada kayu jati yang saya bawa balik itu.Benar2 sudah kelihatan kering kayunya dan nampak retak pada bahagian luar kayu jati tersebut.Maka mulalah saya belah dan memulakan proses membuat Terompah, sementara bahagian potongan yang kecil saya jadikan lastik. Saya impikan beberapa pasang Terompah untuk saya pakai dirumah dan Ingin membuat Lastik cantik, lebih cantik daripada lastik buatan saya sewaktu kecil2 dulu.Kali ini bukan untuk melastik burung atau tupai..tapi saya akan buat lastik yang cantik untuk di simpan buat kenangan. Dan yang tercantik sekali akan saya hadiahkan pada Sultan untuk menceritakan kepada Tuanku bahwa rata2 kanak-kanak kampung seusia saya dulu, Lastik lah mainan nya selain mainan lain yang kebanyakkan dicipta sendiri.

Saya bentukkan terompah itu menurut rekabentuk selipar biasa,Tebal tapak nya 30 cm, rata dari hujung jari sampai ketumit.Pengikat kaki atau penyendal nya dibuat dari bahan kulit yang saya perolihi daripada arwah kawan saya yang mengusahakan barangan kulit di Parit Botak, Air HItam.Saya menggunakan paku payung jenis kuning untuk melekatkan penyendal kaki pada badan terompah tersebut.Tanpa menggunakan sebarang jenis cat untuk mewarnakan terompah itu.2 pasang terompah saya siapkan dari kayu jati yang saya perolih itu selama 3 jam.Maka mulalah saya memperagakan terompah itu dirumah.Dan satu tanda pengenalan, sekiranya bunyi terompah kedengaran dirumah, bermakna saya ada dirumah lah pada masa itu....

Monday 21 March 2011

BILA TUANKU SULTAN MEMBERI KAN SEMANGATNYA

Baginda Tuanku Sultan Johor, sangat teliti dan berminat akan seni pembuatan terompah.Biarpun terompah adalah salah satu alas kaki daripada kayu yang mudah buatan nya dan murah harganya.Baginda Sultan maukan agar pembuatan terompah itu dijadikan sebagai salah satu hasil SeniKraf yang bermutu tinggi dan bernilai di segi komersial.
Baginda Sultan Johor juga adalah seorang yang meminati seni,terutama yang berhubung dengan seni kayu.Baginda Sultan Johor berkenan untuk menggunakan Terompah Kayu sebagai sebahagia alas kaki Baginda di dalam Istana nya, terutama untuk kegunaan dalam bilik air Baginda.
Baginda Sultan Johor sangat menghargai setiap barangan yang dimiliki nya walaupun murah harganya.
Baginda Sultan Johor merekabentuk sendiri terompah kegemaran Baginda..
Baginda Sultan Johor juga berkenan untuk menggunakan Terompah sewaktu percutian Baginda di Luar negara (Argentina).Baginda Sultan telah membawa beberapa pasang terompah kesana.

TERIMA KASIH TUANKU

SURAT KHABAR UTUSAN MALAYSIA 21 MARCH 2011 (ISNIN)





SURAT KHABAR SINAR HARIAN




Tuesday 15 March 2011

TEROMPAH KOMTEMPORARI



TEROMPAH KOMTEMPORARI
V E R S I   J A W A   K L A S I K

DAN

S E J A R A H    T E R O M P A H

Di Malaysia,  apabila disebut terompah maka secara otomatik akan merujuk kepada masyarakat Cina atau Baba Nyonya.Warna terompah yang lazim dipakai olih masyarakat ini biasanya di cat dengan warna merah terang.Diperbuat dari bahan kayu jenis ringan.Penyendal kakinya diperbuat dari bahan plastic atau getah berwarna merah,hijau atau pun hitam…

Di negeri Melaka budaya memakai terompah masih ujud sampai sekarang walaupun tidak bagitu meluas penggunaan nya.Masyarakat cina dan Baba Nyonya menggunakan Terompah untuk berjalan keliling rumah ,dalam rumah.juga tempat sekitaran yang berhampiran. Namun penggunaan nya hanya di pelopori olih golongan orang orang tua..Golongan muda tidak berminat untuk menggunakan nya mungkin rekabentuk nya yang agak ketingalan. Ditambah dengan adanya pengeluaran bermacam rekabentuk kasut atau alas kaki yang mutahir dan memenuhi selera pemakai pada hari ini…


Di negeri Melaka masih terdapat kilang Terompah tradisional yang diusahakan olih orang Cina yang di warisi dari  perusahaan keluarga nya..Malah ada terdapat juga Kilang yang mengeluarkan terompah dalam bentuk pengubahsuaian untuk dijadikan barangan hadiah atau penggunaan biasa…Pembuatan terompah mengalami kemajuan dari segi rekabentuk dan motif corak pada permukaan  dan  keliling badan terompah.Kini wujud rekaan baru dan lebih komtemporari.Kita bolih berkunjung ke Jalan Hang Kasturi, Melaka untuk mendapatkan sepasang terompah atau cenderamata berbentuk terompah…

Menurut ahli sejarah dari Yayasan warisan Johor,Tuan Haji Kamdi Bin Kamil,bahawa terompah mula digunakan sebagai pelapik atau alas kaki atau selipar atau dikenali juga sebagai capal kayu lebih dari 700 tahun dahulu.Bangsa yang mula-mula sekali menggunakan dan merekabentuk terompah ialah orang-orang Belanda,Memakai terompah menjadi sebahagian besar tradisi penduduk Belanda. Seorang ahli arkeologi Belanda telah menemui specimen tertua terompah pada tahun 1990.Mengikut kajian saintifik pentarikhan daripada kayu terompah itu telah diperbuat pada tahun 1270 iaitu lebih dari 700 tahun dahulu.

Memakai terompah telah menjadi tradisi dan budaya di Negara belanda,Menyebabkan kilang atau kedai-kedai membuat terompah muncul ratusan bilangannya. Disetiap Bandar dan pekan di Negara Belanda pada tahun 1850an.Pada pertengahan abad ke -20 (1950),Negara Belanda menghasilkan Sembilan juta pasang terompah,hampir menyamai bilangan 10 juta penduduk Belanda ketika itu. Terompah Belanda bukan sahaja menjadi pakaian harian mereka tetapi sebagai produk pelancungan dan membekal 90% keperluan terompah dunia.Terompah yang dihasilkan bukan sahaja sebagai pakaian alas kaki tetapi sebagai produk seni kraf dalam bentuk rantai kunci,kotak simpanan wang dan bentuk-bentuk menarik lain.

Di Negara Belanda terompah dipakai oleh pekerja kilang,peladang dan nelayan.Untuk memenuhi keperluan itu,lebih kurang 350,000 pasang terompah di hasilkan setahun dengan menggunakan pokok pirus,poplar dan willow.Dalam setahun memerlukan 6000 batang pokok tersebut, seramai 120 orang pekerja untuk menghasilkan 2000 pasang terompah sehari.

Di Malaysia terompah mempunyai nilai warisan unggul dan klasik,Kerana selipar atau alas kaki yang diperbuat dari kayu ini mewakili masyarakat Cina,Baba nyonya,Melayu,Jawa dan juga India.Kegunaan utama terompah ini ialah untuk dipakai di bilik air,Tandas dan persekitaran rumah..Dalam masyarakat melayu dan Jawa, terompah dipakai juga untuk ke Masjid dan surau.

Penggunaan terompah di Negara kita bermula pada pertengahan abad ke 17.Pada tahun 1641, bilamana Orang-orang Belanda mengambil alih Melaka dari Bangsa Portugis. Seni kraftangan terompah Belanda telah diperkenalkan kepada masyarakat Baba Nyonya di Melaka.

Sebelum itu Bangsa Belanda telah menjajah Pulau Jawa, ratusan tahun dan budaya pemakaian terompah telah mempengaruhi masyarakat Jawa disana.Oleh kerana reka bentuk nya yang ringkas dan mudah disesuaikan dengan penggunaan bahan tempatan iaitu kayu yang mudah didapati di Pulau Jawa. Terompah sangat praktikal digunakan untuk rakyat kebanyakkan hingga golongan bangsawan dan juga kraton.Walaupun rekabentuk  badan nya sama namun perbedzaan dari corak, ukiran,tambahan aksesori seperti  perak, tembaga,suasa malahan saduran emas pada tombol penyendal kaki nya membuatkan semua orang akan segera tahu status pemakai terompah itu…

Di Negeri  Johor terompah diperkenalkan olih Orang-orang Belanda kepada masyarakat Johor Lama disepanjang Sungai Johor pada awal abad ke 16.Apabila Melaka  jatuh ketangan Portugis pada tahu 1511, Belanda mengadakan hubungan perdagangan dengan Johor di beberapa pelabuhan yang juga menjadi pusat pemerentahan seperti di Kota johor Lama, Kota Seluyut,Kota Tinggi,Kota Batu Sawar dan Kota Panchor.Barang  perdagangan bukan sahaja terdiri dari tembikar,kain, senjata malah terompah Belanda juga turut dibawa sebagai barang dagangan Orang-orang Belanda.

 Di Simpang Rengam,Kluang, Johor,Seorang Bangsa Melayu berketurunan Jawa.En Giman @ Masuan Bin wakiran telah mengusahakan dan membangunkan semula Senikraf  terompah kayu ini  bagi menghidupkan semula budaya  seni dan seri nya pemakaian terompah ini.Beliau seorang Adiguru dalam penghasilan seni Kraftangan terompah sejak beberapa tahun lalu.

Beliau masih mengekalkan bentuk tradisi terompah tersebut dan ada juga yang diubah suai mengikut  rekabentuk rekaan beliau sendiri, namun masih mengekalkan konsep penggunaan terompah.

Terompah buatan beliau di buat dari bahan  kayu tempatan seperti kayu getah, kayu durian, kayu jati, kayu pulai dan kayu Pine yang di import.Pengeluaran terompahnya agak unik dan kelainan dari penampilan motif corak yang diterap pada terompah tersebut.Permukaan tapak terompah dipenuhi dengan motif corak pelbagai, seperti batik,Bunga,Dedaun serta hidupan.


Bahan Kulit, Pvc, Fabrik digunakan sebagai penyendal kaki. Diatas nya  dihiasi aksesori seperti bunga dengan warna-warna mengikut padanan permukaan terompah tersebut..Selain corak-corak diatas yang kebanyakkan nya berkonsepkan Tradisi Jawa, Ada juga versi terompah yang dikeluarkan nya dalam corak bertemakan hobi dan minat pengguna. Seperti Motosikal Klasik, Skuter,Kereta Klasik, Kereta Antik dan lainnya.

Selain dipakai untuk kegunaan biasa terompah keluaran beliau juga sesuai digunakan sebagai hadiah cenderhati,kelengkapan dekorasi rumah,ruang santai dan objek nostalgia yang unik dan menarik. Jenama yang digunakan untuk barangan seniKraf terompah beliau ini ialah menggunakan cap dagangan MASTOR.


Terompah Keluaran MASTOR juga mendapat perhatian dari Tuanku Sultan Johor. Baginda berkenan untuk menggunakan terompah MASTOR ini untuk kegunaan pribadi dan juga hiasan dalam kolektor cenderahatinya.Baginda Tuanku juga berkenan untuk menerima cenderahati berbentuk terompah sempena Hari Keputeraan baginda yang ke 52.Dan baginda bagitu gembira jika terompah ini di jadikan satu perusahaan senikraf bagi menambahkan lagi produk-produk kraftangan yang sedia ada di Negeri Johor ini.Perakuan yang diberikan olih Tuanku Baginda Sultan ini, adalah menunjukkan bahawa terompah  bukanlah sekadar alas kaki yang diperbuat dari kayu dimana kegunaan nya sekadar alas kaki untuk ketandas dan surau atau masjid semata, tetapi ianya adalah satu seni pemakaian alas kaki yang unik dengan gaya tersendiri…Digunakan olih orang-orang terdahulu lebih dari 400 tahun dulu di nusantara kita ini…

Lebih dari itu terompah juga bolih dijadikan satu cabang  produk seni dalam persembahan Tarian.Dimana penari-penari nya dipakaikan terompah.Bila terompah di pakai olih penari-penari di atas lantai pentas, maka satu dentingan  terompah akan menghasilkan bunyian muzik yang sangat menarik di samping riak gelombang gemalai tangan dan  liuk lembut badan penari-penari tersebut. Maka satu kemungkinan bila cantuman Zapin johor di olah dengan tarian terompah, akan menghasilkan ZAPIN TEROMPAH.Satu nilai tambah untuk Negeri Johor menghasilkan produk seni untuk diketengahkan sebagai budaya dan produk pelancungan juga..

Dipetik dari suasana budaya pemakaian terompah olih golongan wanita jawa,Terompah dipakai sebagai lambang tertib kesantunan pemakainya.Perlu ada satu latihan panjang bagaimana mau mengenakan terompah dikaki agar susun atur langkah jalanya akan kemas dan rapi sesuai dengan penampilan wanita jawa yang dikenal sebagai wanita timor yang sangat menjaga tatasusilanya.Pemakaian terompah akan dikenakan dengan busana kebaya dan kain batik jawa, dengan selendang serta payung ditangan. Maka bergemerincinglah rantai kaki bertingkah dengan bunyian dentingan terompah..wanita jawa menuju kepasar  waktu pagi juga dalam menghadiri majlis-majlis keramaian.

Dari golongan kelas bawahan sehingga kelompok bangsawan bahkan keluarga keraton,terompah di jadikan tradisi pemakaian alas kaki yang tak kalah pentingnya dalam menjaga penampilan pribadi. Dari penyendal  kaki diperbuat dari kayu biasa, ukiran ikut selera,manik-manik dan juga batu berharga, berhias perak, Suasa malah saduran emas untuk menunjukkan status pemakai nya.Bagitulah terompah digarap dan ia nya turut berevolusi mengikut selera pemakainya... Apa yang pasti terompah tidak di tinggal bagitu saja.Malah dewasa ini dan sampai bila-bila terompah tetap mengamit nostalgia.

Terompah MASTOR…dengan variasi ceria dan elegent,Klasik dipakai, menawan pandangan menghias ruang, mengamit kenangan…..



Ditulis olih
MASTOR TUAH
Sejarah Terompah olih.
HAJI KAMDI BIN KAMIL.
Pegawai Sejarah
YAYASAN WARISAN JOHOR

February 2011

TEROMPAH

Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption

Sejarah Terompah sepintas lalu….

Di Malaysia Terompah mempunyai nilai warisan unggul dan klasik, kerana selipar atau alas kaki yang di perbuat dari kayu ini sangat sinonem dengan semua masyarakat majmok dan kebanyakkan di Negara ini sejak ratusan dulu.Masarakat Melayu, Cina, Baba Nyonya, India dan lain2 sangat mengenali terompah ini sebagai pilihan alas kaki yang murah dan praktikal.Budaya memakai Terompah di Malaysia ini bermula pada abad ke 17, iaitu sejak Bangsa Belanda mengambil alih Melaka dari Bangsa Portugis pada tahun 1641.

Pada abad ke 16 (1511),Sewaktu Bangsa Belanda mengadakan hubungan dagang dengan Johor dibeberapa pelabuhan yang menjadi pusat pemerentahan seperti,di Kota Johor Lama, Kota Seluyut, Kota Tinggi, Kota Batu Sawar, dan Kota Panchor, barang dagangan Belanda bukan sahaja terdiri dari bahan tembikar, tektil, senjata malah Terompah Belanda turut dibawa sebagai barang dagangan.

Pada masa ini terompah telah menjadi nostalgia pemakaian, yang Cuma tinggal dalam kenangan disebabkan banyak rekaan dan pilihan bahan yang bolih diguna sebagai alas kaki.

Di Johor Malaysia seorang Adiguru Terompah (MASTOR) telah membangun semula terompah kayu ini melalui sentuhan seni kreatif nya dengan rekabentuk dan corak pelbagai.Diperbuat dari bahan kayu getah, kayu durian,kayu jati,kayu pulai dan juga kayu pine yang di import. Rekaan corak pada permukaan tapak terompah dipenuhi dengan corak pelbagai seperti batik, bunga. Dedaun tumbuhan dan juga hidupan.Bahan kulit,pvc,fabrik diguna sebagai penyendal kaki, diatasnya dihiasi aksesori seperti bunga dan manik dengan warna-warna padanan.

Selain dipakai untuk kegunaan biasa terompah penghasilan baru ini juga sesuai digunakan sebagai hadiah cenderahati,kelengkapan dekorasi rumah, ruang santai dan objek-objek nostalgia yang unik dan menarik.SeniKraf terompah penghasilan baru ini dikenali sebagai Terompah MASTOR…

Terompah MASTOR dengan variasi ceria dan elegen,Kelasik dipakai, menawan pandangan menghias ruang, mengamit kenangan.

Info menarik-

.Seorang ahli akreologi Belanda menemui specimen tertua terompah pada 1990. Pentarikhan pada kayu terompah itu telah diperbuat pada 1270 iaitu 700 tahun dahulu.

.Terompah tidak mempunyai tanda pengenalan kiri atau kanan..