DAGANG AIR BATU TUAL
BASIKAL BAPAK PUNYA.
Bila bulan puasa, tiadalah aktiviti yang bolih mendapatkan pendapatan tambahan untuk duit poket. Dari sejak awal puasa sudah merancang untuk mencari wang bagi persiapan menyambut raya akan datang. Beli mercun, beli kabaid untuk main meriam buloh, beli cat basikal dan peralatan nya, basikal buruk bila di cat, akan kelihatan cantik dan sedikit baru. Soal baju, kasut dan songkok biasanya, bapak akan belikan. Kotak songkok baru yang bapak belikan, itu lah nanti di jadikan tabung simpanan mercun yang di beli secara berangsur-angsur.Kalau dapat penuhkan tepekkan mercun dalam kotak songkok itu, di kira sudah handal jugak lah tu.Tak kira samada mercun bunga, mercun merah, atau mercun lidi.Mercun merah biasanya agak mahal sekali waktu itu, mercun bunga harganya agak sederhana dan mampu di beli olih kanak2, mercun lidi agak kecil saiz nya, dan bunyi nya pun tak berapa kuat, kalau tak mampu beli yang mercun merah, mercun bunga pun ok,..Kalau mercun bunga tak mampu, mercun lidi pun ok jugak..Bunga api tak begitu populer waktu itu.
Meriam buloh bolih buat sendiri, kat baruh banyak pokok buloh yang bolih di tebang untuk di buat meriam, Buluh ampel ada kat belakang surau, Bolih ajak kawan atau sepupu ambik buloh tu.Sambil ambik buloh untuk meriam, bolih juga ambik untuk buat pelita pasang masa seminggu nak raya.Malam terawih, bolih lah bincang dengan sepupu atau kawan2 kat surau, untuk sama-sama ambik pokok buloh tu buat meriam.
TONG KAYU BUAT SENDIRI
Dalam perkiraan untuk mendapatkan budget-budget persiapan raya itu, jalan yang nampak bolih mendatangkan sumber kewangan, ada lah dengan menjual air batu tual.Modal tak banyak, kotak kayu bolih buat sendiri, atau pun, bolih ambik tong air oren yang tak pakai, kat belakang kedai runcit abang, bersihkan, kalau kotor sangat bolih basuh, gosok dengan sabut, cantik lah dia.Pinjam basikal bapak,untuk pergi ambik air batu besar kat pekan rengit, pastu terus pergi berjualan sampai habis.
Untuk berjualan air batu tual, biasanya, waktu yang sesuai untuk bergerak dari rumah, iaitu sebelum tengahari,Lebih kurang sejam perjalanan kepekan Rengit yang jarak nya lebih kurang 7 batu (12 Kilometer) dari rumah. Melewati jalan-jalan kampung, melalui jalan pintas dan seterusnya menuju kepasar ikan, Ditepi pasar itu ada setor menjual air batu tual yang besar, Setual besar harganya seringgit, saiz kotak yang di bawa, bolih memuatkan separuh saiz air batu tual yang ada jual di setor itu.Separuh tual besar di jual dengan harga lima puloh sen.Separuh air batu tual itu, bolih di pecahkan menjadi sepuloh tual. di jual dengan harga sepuloh sen setual.Kalau habis jualan petang itu, upah untuk petang itu ada lah lima puloh sen setelah di tolak dengan harga belian tadi...
Jualan air batu tual, laku ketika bulan puasa, lebih-lebih lagi kalau musim panas. Disebabkan di kawasan kampung masih belum ada bekalan letrik, maka untuk mendapatkan air batu memang tidak ada, melainkan kalau kedai runcit di kampung itu ada menjual nya.Mereka pun mengambil nya dari Pekan Rengit, dari sumber yang sama. Selalu juga bila ada penjual ikan masuk kekampung-kampung berjualan, kadang-kadang kanak-kanak akan mintak air batu yang di campur dalam ikan tersebut.Peluang untuk mintak air batu pada penjual ikan biasanya,... bila bapak atau mak beli ikan, maka si penjual akan dengan rasa belas dan bermurah hati memberikan ketulan air batu yang terdapat dalam tong ikan nya untuk mengelakkan ikan jualan nya cepat busuk.
Di setor tempat jualan air batu tual itu, air batu di simpan dalam setor papan, Longgokkan air batu tual dalam saiz besar akan di tutupi dengan habuk papan, sebelum di tutup dengan guni.Bila dapat masuk dalam ruangan setor itu, badan terasa sejuk dan nyaman sekali.Pekerja Setor itu akan tolong membelahkan tualan besar itu kepada saiz kecil yang kita hendak.Biasanya tualan kecil di buat, cukup dengan membuat garisan lekuk pada permukaan air batu dengan gergaji.Selebih nya kita akan membawa parang tumpul atau parang kontot serta pengetuk kayu, bila ada pembeli nak beli baru kita pecahkan menggunakan parang tumpul dan pengetuk tadi.Ini untuk mengelakkan air batu tual cepat cair dan cepat mengecil dari saiz sebenar.
Air batu tual yang siap di beli, akan di masukkan kedalam tong yang di ikat pada karya basikal, sebelum memasukkan air batu tual kedalam tong tersebut, bahagian bawah tong akan di lapik dengan guni, kemudian di masukkan habuk papan, barulah di letakkan air batu tual tadi,...Bahagian tepi dan atas akan di tutup semula dengan habuk papan dan bahagian atas sekali akan di tutup dengan guni.
Maka bermula lah, berjualan dari rumah kerumah untuk menghabiskan sepuloh tual air batu tadi.Sekiranya hari tak hujan, maka bolih lah di habiskan jualan petang itu juga, Kalau tak habis juga di sebabkan hujan atau tak laku, maka terpaksalah bawa balik kerumah untuk di makan sendiri bersama keluarga. Nasib berjualan bergantung pada faktor cuaca juga rezeki yang telah di tentukan.
Sesekali ada juga sengaja menyimpan setual untuk di bawa balik, sebab terasa ingin memakan nya dengan air kelapa muda bila buka puasa nanti.
Tak dapat di pastikan juga, untuk berjualan air batu tual ini setiap petang, kalau hari hujan, atau basikal, bapak bawak kekebun darat, atau mungkin ada projek lain yang lebih utama, jualan air batu tual terpaksa di lupakan sekejap.
Kalau jualan air batu tual tak dapat di habiskan untuk petang itu, biasanya saya tahu kemana nak di bawa air batu itu, selain di bawa pulang untuk minuman sejuk waktu berbuka puasa.Saya akan singgah ke rumah Nyai Sipah di kampung sebelah sebelum balik..Sandarkan basikal di pohon belimbing depan rumah nya, sambil menunggu Nyai Sipah muncul di laman rumahnya..Nyai Sipah akan muncul dari kolong bawah rumah , keluar dari pintu belakang bahagian dapur...Dengan muka sejuk dan manis nya, dia akan menyapa mesra...Berapa lagi yang belum habis..nak..?..Saya akan katakan jujur kepada nya...Tinggal dua tual Nyai..!..ooo bungkus lah..pintanya lembut, dan dia menghulurkan duit dua puloh sen untuk harga dua ketul itu...Setiap kali di rasakan tidak dapat menghabiskan jualan air batu, di sebabkan cuaca hujan atau keletihan mengayuh basikal sepanjang petang di bulan puasa, saya akan menuju kerumah Nyai Sipah menagih simpati nya...
Dan saya tahu Nyai Sipah cuma meletakkan air batu itu dalam dulang besar sampai air batu itu cair sendiri bila sudah habis beku nya......
semuga Allah mencucuri rahmat keatas mu...Nyai Sipah,,,AlFatihah....amin-amin..
Suria City Hotel Johor Bahru...4hb okt 2013.