WAKIRAN BIN TIRIO
(1905 - 1984)
Berasal dari kampung Wilalong, Demak,Jawa Tengah, Indonesia, Mempunyai seorang adik lelaki bernama Sukirman @ Tukul berusia 9 tahun.Tiada mempunyai saudara mara lain seibu dan bapak.Bapanya meninggal dunia ketika 2 beradik ini masih memerlukan pejagaan dan perhatian.Setelah ibunya juga meninggal dunia, Tinggalah 2 beradik ini mengadu nasib pada orang-orang, jiran tetangga mana yang menaruh simpati terhadap anak yatim piatu ini.Kehidupan sekeliling yang menghimpit dan sentiasa dibelenggu kemiskinan, maka beliau ketika usia nya 12 tahun,telah mengambil peluang merantau keluar dari kampung nya.Dititipkan akan adik lelaki yang seorang itu menumpang pada jiran2 yang punya simpati dan mungkin ada sedikit belas menumpang sayang.
Tekadnya cuma satu, mengadu nasib ditempat orang,Takkan Pulang selagi kejayaan belum kesampaian.Biarpun janji pada adiknya yang seorang bahwa satu waktu nanti beliau akan pulang sekiranya kehidupan dirantau orang menampakkan masa depan.
Berhijrah mengikut agensi peluang pekerjaan.Dikirim keluar dari Indonesia menggunakan kapal dagang lalu di labuhkan di Singapura.Melalui agensi pekerjaan tersebut, maka termateri lah perjanjian bahwa dirinya sanggup untuk diperkerjakan olih agensi tersebut bekerja dimana saja sehingga kos pembiayaan nya dari kampung halaman lunas.Maka bekerja lah beliau itu menurut arahan majikan nya sesuai dengan perjanjian yang telah dipersetujui.Dari pekerjaan buruh yang bolih diperentahkan apa saja.Pernah juga beliau itu menjadi pengutip bola golf di padang golf singapura.
Beliau itu seorang yang tekun,rajin dan cekal menghadapi cabaran.Jujur dalam memegang akurjanji.Dalam kontek ini perjanjian di metrai antara agensi, dan majikan meletakkan kedudukkan beliau itu sebagai buruh yang dipanggil buruh kontrak.Panggilan yang agak sinis dan merujuk kerendahan status pada waktu itu.JAWA KONTRAK.Tentunya bukan istilah panggilan keturunan kelas pertengahan apatah lagi mau di hubungkait dengan kebangsawanan.
Dalam usaha memenuhi janji kontraknya selama 2 tahun dengan agensi dan majikan,Beliau telah didatangi olih wakil seseorang untuk diperlukan sebagai tenaga kerja bagi bidang pertanian dan perladangan.Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, beliau telah ditebus olih wakil majikan baru, membayar sejumlah wang bagi membayar baki hutang belanja tambang pelayaran dan gantirugi yang dituntut olih agensi dan majikan.Maka berangkat lah beliau itu mengikut majikan baru seorang yang punya nama dan kedudukkan di daerah asing bagi dirinya waktu itu.
Tugas barunya sebagai pekerja juga orang suruhan kepada Haji Hassan Bin Abdullah,Seorang ketua kampung yang disegani olih anak2 buahnya juga penduduk kampung sekitarnya..Mempunyai kawasan perkebunan yang luas,Selain ditugaskan untuk mengusahakan kawasan perkebunan baru, belaiu juga di tugaskan untuk mengutip hasil pertanian dari perkebunan majikan barunya.Hasil utama seperti kelapa, pisang juga kopi
Ketekunan dan kerajinan beliau itu mendapat perhatian dan menambat hati majikan barunya, seorang ketua kampung yang besar pengaruhnya.Mempunyai beberapa anak lelaki dan perempuan.Salah seorang nak perempuanya dilihat sudah cukup masa dan layak untuk dikahwinkan.Maka Haji Hassan Bin Abdullah majikan barunya menawarkan kepada beliau itu seorang anak perempuan nya untuk diperisterikan. Sukinah Binti Hasan,Anak perempuan Haji Hassan Bin Abdullah, sikap nya yang pendiam dan tak banyak berbantah, menurut apa saja kata orang tuanya.
Rumah yang dibena pada tahun 1954 |
Sempena perkahwinan pasangan ini maka Haji Hassan Bin Abdullah telah mengurniakan sebidang tanah seluas 3 ekar untuk pasangan ini memulakan usaha bercucuk tanam bagi memulakan penghidupan.Maka bertukarlah status Wakiran Bin Tirio ini daripada seorang pekerja/suruhan menjadi anak menantu yang taat dan hormat kepada semua orang disekeliling nya.Dan sebagaimana sifatnya yang tekun dan rajin, penuh lah kebun pemberian yang diletak atas nama isteri nya (Sukinah Binti Hasan) dengan tanaman seperti, pokok kelapa, pisang, kopi dan lain2 sebagai usahanya membina penghidupan.
Bahagian belakang( dapur) disebut pelanto olih orang jawa. |
Haji Hasan Bin Abdullah. |
Anak Saberan yang ke 8 |
0 comments:
Post a Comment