LASTIK KAYU ADALAH SENJATA MAINAN KANAK-KANAK, TERUTAMA KANAK-KANAK LUAR BANDAR. ALATAN MAINAN INI BIASANYA DIBUAT SENDIRI OLIH KANAK-KANAK TERSEBUT.BAHAN YANG DIGUNAKAN BIASANYA DARI ANAK-ANAK POKOK KAYU YANG BERCABANG.BENTUK CABANG BIASA NYA SUDAH TERBENTUK DENGAN SENDIRINYA PADA DAHAN POKOK TERSEBUT.CABANG POKOK SENDUDUK SELALUNYA BANYAK DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT LASTIK INI.SELAIN ITU DAHAN POKOK JAMBU BATU,POKOK KOPI,KAYU LEBAN DAN POKOK-POKO KAYU HUTAN YANG KERAS DAN TAHAN BOLIH DIGUNAKAN.KADANG-KADANG BATANG BULUH PUN BOLIH DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT LASTIK.MEMBUAT LASTIK DARI CABANG POKOK KOPI ATAU JAMBU BIASANYA TIDAK DIGALAKKAN OLIH ORANG TUA-TUA PADA MASA IYU,,SEBAB POKOK-POKOK TERSEBUT ADALAH POKOK YANG MENGELUARKAN HASIL TERUTAMA POKOK KOPI.
MAINAN LASTIK INI AGAK BAHAYA SEBAB PELURU YANG DIGUNAKAN DARIPADA BIJI KOPI,BATU ATAU BUAH-BUAH YANG KERAS BOLIH MENDATANGKAN KECEDERAAN JIKA TERKENA PADA BAHAGIAN BADAN KITA,EMAK BAPAK CUKUP RISAU JIKA DILIHAT ANAK-ANAK BERMAIN LASTIK,TAKUT KENA KEPALA KAWAN-KAWAN KITA TERUTAMA BAHAGIAN MATA.
ALASAN KUAT UNTUK IBU BAPA MEMBENARKAN BERMAIN LASTIK IALAH BILA DI BERITAU LASTIK YANG DIBUAT INI DIGUNAKAN UNTUK MELASTIK TUPAI.SEBAB TUPAI ADALAH BINATANG PEROSAK YANG SELALU MENGGANGU TANAMAN SEPERTI BUAH2AN ATAU BILA TUPAI MEMAKAN BUAH KELAPA TANAMAN ORANG-ORANG KAMPUNG.TETAPI KANAK-KANAK KALAU SUDAH BERMAIN LASTIK, LEBIH-LEBIH KALAU DALAM KUMPULAN MAKA APA SAJA YANG MELINTAS DIHADAPAN SEMUANYA MENJADI SASARAN,BURUNG ,AYAM,KAMBING,LEMBU DAN LAIN-LAIN BAGI MELEPASKAN GERAM ATAU MENUNJUK HANDAL.SETIAP KANAK-KANAK AKAN MENGANTUNGKAN LASTIK PADA LEHER MASING-MASING.SEMENTARA PELURUNYA AKAN DI ISI PENUH DALAM KOCEK SELUAR. EMAK BAPAK SEKALI LAGI AKAN MENUNJUKKAN CURIGA KALAU PELURU YANG DIGUNAKAN DARI BUAH KOPI, SEBAB BUAH KOPI ADALAH SUMBER PENGHASILAN YANG BOLIH DIJUAL BAGI MEMBELI BARANG KEPERLUAN.. |
0 comments:
Post a Comment