TEROMPAH KOMTEMPORARI
V E R S I J A W A K L A S I K
DAN
S E J A R A H T E R O M P A H
DAN
S E J A R A H T E R O M P A H
Di Malaysia, apabila disebut terompah maka secara otomatik akan merujuk kepada masyarakat Cina atau Baba Nyonya.Warna terompah yang lazim dipakai olih masyarakat ini biasanya di cat dengan warna merah terang.Diperbuat dari bahan kayu jenis ringan.Penyendal kakinya diperbuat dari bahan plastic atau getah berwarna merah,hijau atau pun hitam…
Di negeri Melaka budaya memakai terompah masih ujud sampai sekarang walaupun tidak bagitu meluas penggunaan nya.Masyarakat cina dan Baba Nyonya menggunakan Terompah untuk berjalan keliling rumah ,dalam rumah.juga tempat sekitaran yang berhampiran. Namun penggunaan nya hanya di pelopori olih golongan orang orang tua..Golongan muda tidak berminat untuk menggunakan nya mungkin rekabentuk nya yang agak ketingalan. Ditambah dengan adanya pengeluaran bermacam rekabentuk kasut atau alas kaki yang mutahir dan memenuhi selera pemakai pada hari ini…
Di negeri Melaka masih terdapat kilang Terompah tradisional yang diusahakan olih orang Cina yang di warisi dari perusahaan keluarga nya..Malah ada terdapat juga Kilang yang mengeluarkan terompah dalam bentuk pengubahsuaian untuk dijadikan barangan hadiah atau penggunaan biasa…Pembuatan terompah mengalami kemajuan dari segi rekabentuk dan motif corak pada permukaan dan keliling badan terompah.Kini wujud rekaan baru dan lebih komtemporari.Kita bolih berkunjung ke Jalan Hang Kasturi, Melaka untuk mendapatkan sepasang terompah atau cenderamata berbentuk terompah…
Menurut ahli sejarah dari Yayasan warisan Johor,Tuan Haji Kamdi Bin Kamil,bahawa terompah mula digunakan sebagai pelapik atau alas kaki atau selipar atau dikenali juga sebagai capal kayu lebih dari 700 tahun dahulu.Bangsa yang mula-mula sekali menggunakan dan merekabentuk terompah ialah orang-orang Belanda,Memakai terompah menjadi sebahagian besar tradisi penduduk Belanda. Seorang ahli arkeologi Belanda telah menemui specimen tertua terompah pada tahun 1990.Mengikut kajian saintifik pentarikhan daripada kayu terompah itu telah diperbuat pada tahun 1270 iaitu lebih dari 700 tahun dahulu.
Memakai terompah telah menjadi tradisi dan budaya di Negara belanda,Menyebabkan kilang atau kedai-kedai membuat terompah muncul ratusan bilangannya. Disetiap Bandar dan pekan di Negara Belanda pada tahun 1850an.Pada pertengahan abad ke -20 (1950),Negara Belanda menghasilkan Sembilan juta pasang terompah,hampir menyamai bilangan 10 juta penduduk Belanda ketika itu. Terompah Belanda bukan sahaja menjadi pakaian harian mereka tetapi sebagai produk pelancungan dan membekal 90% keperluan terompah dunia.Terompah yang dihasilkan bukan sahaja sebagai pakaian alas kaki tetapi sebagai produk seni kraf dalam bentuk rantai kunci,kotak simpanan wang dan bentuk-bentuk menarik lain.
Di Negara Belanda terompah dipakai oleh pekerja kilang,peladang dan nelayan.Untuk memenuhi keperluan itu,lebih kurang 350,000 pasang terompah di hasilkan setahun dengan menggunakan pokok pirus,poplar dan willow.Dalam setahun memerlukan 6000 batang pokok tersebut, seramai 120 orang pekerja untuk menghasilkan 2000 pasang terompah sehari.
Di Malaysia terompah mempunyai nilai warisan unggul dan klasik,Kerana selipar atau alas kaki yang diperbuat dari kayu ini mewakili masyarakat Cina,Baba nyonya,Melayu,Jawa dan juga India.Kegunaan utama terompah ini ialah untuk dipakai di bilik air,Tandas dan persekitaran rumah..Dalam masyarakat melayu dan Jawa, terompah dipakai juga untuk ke Masjid dan surau.
Penggunaan terompah di Negara kita bermula pada pertengahan abad ke 17.Pada tahun 1641, bilamana Orang-orang Belanda mengambil alih Melaka dari Bangsa Portugis. Seni kraftangan terompah Belanda telah diperkenalkan kepada masyarakat Baba Nyonya di Melaka.
Sebelum itu Bangsa Belanda telah menjajah Pulau Jawa, ratusan tahun dan budaya pemakaian terompah telah mempengaruhi masyarakat Jawa disana.Oleh kerana reka bentuk nya yang ringkas dan mudah disesuaikan dengan penggunaan bahan tempatan iaitu kayu yang mudah didapati di Pulau Jawa. Terompah sangat praktikal digunakan untuk rakyat kebanyakkan hingga golongan bangsawan dan juga kraton.Walaupun rekabentuk badan nya sama namun perbedzaan dari corak, ukiran,tambahan aksesori seperti perak, tembaga,suasa malahan saduran emas pada tombol penyendal kaki nya membuatkan semua orang akan segera tahu status pemakai terompah itu…
Di Negeri Johor terompah diperkenalkan olih Orang-orang Belanda kepada masyarakat Johor Lama disepanjang Sungai Johor pada awal abad ke 16.Apabila Melaka jatuh ketangan Portugis pada tahu 1511, Belanda mengadakan hubungan perdagangan dengan Johor di beberapa pelabuhan yang juga menjadi pusat pemerentahan seperti di Kota johor Lama, Kota Seluyut,Kota Tinggi,Kota Batu Sawar dan Kota Panchor.Barang perdagangan bukan sahaja terdiri dari tembikar,kain, senjata malah terompah Belanda juga turut dibawa sebagai barang dagangan Orang-orang Belanda.
Di Simpang Rengam,Kluang, Johor,Seorang Bangsa Melayu berketurunan Jawa.En Giman @ Masuan Bin wakiran telah mengusahakan dan membangunkan semula Senikraf terompah kayu ini bagi menghidupkan semula budaya seni dan seri nya pemakaian terompah ini.Beliau seorang Adiguru dalam penghasilan seni Kraftangan terompah sejak beberapa tahun lalu.
Beliau masih mengekalkan bentuk tradisi terompah tersebut dan ada juga yang diubah suai mengikut rekabentuk rekaan beliau sendiri, namun masih mengekalkan konsep penggunaan terompah.
Terompah buatan beliau di buat dari bahan kayu tempatan seperti kayu getah, kayu durian, kayu jati, kayu pulai dan kayu Pine yang di import.Pengeluaran terompahnya agak unik dan kelainan dari penampilan motif corak yang diterap pada terompah tersebut.Permukaan tapak terompah dipenuhi dengan motif corak pelbagai, seperti batik,Bunga,Dedaun serta hidupan.
Bahan Kulit, Pvc, Fabrik digunakan sebagai penyendal kaki. Diatas nya dihiasi aksesori seperti bunga dengan warna-warna mengikut padanan permukaan terompah tersebut..Selain corak-corak diatas yang kebanyakkan nya berkonsepkan Tradisi Jawa, Ada juga versi terompah yang dikeluarkan nya dalam corak bertemakan hobi dan minat pengguna. Seperti Motosikal Klasik, Skuter,Kereta Klasik, Kereta Antik dan lainnya.
Selain dipakai untuk kegunaan biasa terompah keluaran beliau juga sesuai digunakan sebagai hadiah cenderhati,kelengkapan dekorasi rumah,ruang santai dan objek nostalgia yang unik dan menarik. Jenama yang digunakan untuk barangan seniKraf terompah beliau ini ialah menggunakan cap dagangan MASTOR.
Terompah Keluaran MASTOR juga mendapat perhatian dari Tuanku Sultan Johor. Baginda berkenan untuk menggunakan terompah MASTOR ini untuk kegunaan pribadi dan juga hiasan dalam kolektor cenderahatinya.Baginda Tuanku juga berkenan untuk menerima cenderahati berbentuk terompah sempena Hari Keputeraan baginda yang ke 52.Dan baginda bagitu gembira jika terompah ini di jadikan satu perusahaan senikraf bagi menambahkan lagi produk-produk kraftangan yang sedia ada di Negeri Johor ini.Perakuan yang diberikan olih Tuanku Baginda Sultan ini, adalah menunjukkan bahawa terompah bukanlah sekadar alas kaki yang diperbuat dari kayu dimana kegunaan nya sekadar alas kaki untuk ketandas dan surau atau masjid semata, tetapi ianya adalah satu seni pemakaian alas kaki yang unik dengan gaya tersendiri…Digunakan olih orang-orang terdahulu lebih dari 400 tahun dulu di nusantara kita ini…
Lebih dari itu terompah juga bolih dijadikan satu cabang produk seni dalam persembahan Tarian.Dimana penari-penari nya dipakaikan terompah.Bila terompah di pakai olih penari-penari di atas lantai pentas, maka satu dentingan terompah akan menghasilkan bunyian muzik yang sangat menarik di samping riak gelombang gemalai tangan dan liuk lembut badan penari-penari tersebut. Maka satu kemungkinan bila cantuman Zapin johor di olah dengan tarian terompah, akan menghasilkan ZAPIN TEROMPAH.Satu nilai tambah untuk Negeri Johor menghasilkan produk seni untuk diketengahkan sebagai budaya dan produk pelancungan juga..
Dipetik dari suasana budaya pemakaian terompah olih golongan wanita jawa,Terompah dipakai sebagai lambang tertib kesantunan pemakainya.Perlu ada satu latihan panjang bagaimana mau mengenakan terompah dikaki agar susun atur langkah jalanya akan kemas dan rapi sesuai dengan penampilan wanita jawa yang dikenal sebagai wanita timor yang sangat menjaga tatasusilanya.Pemakaian terompah akan dikenakan dengan busana kebaya dan kain batik jawa, dengan selendang serta payung ditangan. Maka bergemerincinglah rantai kaki bertingkah dengan bunyian dentingan terompah..wanita jawa menuju kepasar waktu pagi juga dalam menghadiri majlis-majlis keramaian.
Dari golongan kelas bawahan sehingga kelompok bangsawan bahkan keluarga keraton,terompah di jadikan tradisi pemakaian alas kaki yang tak kalah pentingnya dalam menjaga penampilan pribadi. Dari penyendal kaki diperbuat dari kayu biasa, ukiran ikut selera,manik-manik dan juga batu berharga, berhias perak, Suasa malah saduran emas untuk menunjukkan status pemakai nya.Bagitulah terompah digarap dan ia nya turut berevolusi mengikut selera pemakainya... Apa yang pasti terompah tidak di tinggal bagitu saja.Malah dewasa ini dan sampai bila-bila terompah tetap mengamit nostalgia.
Terompah MASTOR…dengan variasi ceria dan elegent,Klasik dipakai, menawan pandangan menghias ruang, mengamit kenangan…..
Ditulis olih
MASTOR TUAH
Sejarah Terompah olih.
HAJI KAMDI BIN KAMIL.
Pegawai Sejarah
YAYASAN WARISAN JOHOR
February 2011
0 comments:
Post a Comment