BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 18 September 2013

SEPOHON PINANG


SEPOHON PINANG


UPIH PINANG...


KHEMANGSANG


KALAU DAPAT UPI KERING,RENDAM DALAM AIR SUPAYA LEMBUT, SENANG NAK MEMBENTUK NYA.



UPIH YANG ROSAK TAK LAKU DI JUAL, DIPILIH UNTUK DI JADIKAN KASUT


Setiap pagi,ketika embun masih basah,Seorang wanita menyelinap masuk ke kebun sekitar kampung.Setiap pangkal barisan pohon pinang di jengah nya.Kalau ada upih yang jatuh dari pohon pinang, sudah nampak kelihatan dari jauh.Berbekalkan pisau belati di tangan nya, wanita itu akan mengerat upih dari belarak nya.Dikumpul satu persatu,di gendong sebanyak mungkin, untuk di bawa pulang.


UPIH PINANG JATUH TERGELETAK...

DI SIAT CANTIK,JANGAN SAMPAI KOYAK.

SEKARANG TENGUK PUN,RAMAI TAK HENDAK...

SEBAB TAK TAHU,GUNA NYA BANYAK..



Bila wanita itu keluar dari kebun, habis basah pakaian nya akibat meredah semak yang masih basah.Dengan pakaian seadanya, tanpa kasut melapik kaki nya, kekadang wanita itu secara kebetulan jalan beriringan dengan saya untuk menuju ke sekolah..

Orang kampung semua kenal dan biasa dengan sosok wanita ini.Kerja nya setiap pagi akan mengambil upih2 pinang yang gugur di kebun orang2 kampung.Kalau sebelah malam nya hujan dan angin kuat, maka banyak lah upih pinang dapat di kumpulkan nya.


PROSES MENYIAP KULIT UPIH, KENA BUAT BERHATI2 SUPAYA TIDAK TERKOYAK ATAU SIATAN YANG TERLALU NIPIS PADA BAHAGIAN YG NAK DI GUNA.


Upih pinang ini jugak menjadi sebahagian sumber pendapatan orang2 kampung terutama kaum ibu yang rajin untuk menambah tabungan nya, Bahkan anak2 sekolah juga berrebut2 dan berlumba2 mengumpulkan nya untuk di jual buat belanja sekolah.Bahkan kalau hari cuti, aktiviti mencari upih pinang menjadi kegiatan berpasukan.Ada setengah memanjat pohon pinang menggunakan tali.Mana upih pinang yang sudah kelihatan tua(merah/kuning) tapi masih melekat di pucuk nya, maka akan adalah hero tukang panjat untuk mengambil nya.

SESEKALI DI PERAGA


BEKALAN KE KEBUN


ROJAK MANIS DAN MEE GORENG BIASA AKAN DI BUNGKUS UPIH DALAM BENTUK BEGINI PADA WAKTU TAHUN 6OAN.


MAKAN BONTROT DI KEBUN


 UPIH PINANG JUGA BOLIH DI BUAT REKAAN CENDERAHATI.


DI BUAT HANTARAN PERKAHWINAN MAJLIS NGANTEN KANAK-KANAK DALAM SESI PERMAINAN PONDUK-PONDUK.



KASUT UPIH YANG DI REKA KHAS UNTUK MAIN BOLA, ATAU MASUK DALAM KEBUN UNTUK MENGELAKKAN KAKU TERPIJAK DURI LALANG ATAU BINATANG BISA. 


SAMPUL MENYERUPA KANTUNG BERTANGKAI, DI GUNAKAN UNTUK MENGUTIP HASIL KAMPUNG SEPERTI SEMASA MEMETIK BUAH KOPI ATAU BUAH PINANG. 



KASUT REKAAN TERKINI DARI PEREKA KASUT TERSOHOR MALAYSIA 


PERNYIAPAN BAHAN MASAKKAN KALAU DI SEDIAKAN DALAM SEDIAAN BEGINI, PASTI CHEF TERUJA NAK MEMASAK NYA..

Upih pinang yang telah di siat di buang kulit keras nya, akan di jual kepada peraih, yang datang dengan basikal ke kampung2.Peraih ini akan membeli dengan kadar, antara 3 sen hingga 6 sen sekeping, bergantung kepada, saiz, dan kebersihan permukaan upih pinang tersebut.Sebelum di jual kepada peraih, upih2 pinang yang telah di siat kulit kerasnya, akan di jemur atau di anginkan di penyidai2 yang di buat dari batang2 buluh.Buluh yang di buat ampaian menjadi pemandangan biasa di rumah kampung2, samada di bawah rumah atau di atas rumah.Bahkan Kain baju juga di ampai di situ.


Dengan jualan upih pinang inilah, kebanyakkan kanak sekolah dapat duit belanja, atau mengumpulkan nya untuk membeli bahan lain,peralatan sekolah juga sebahagian di tabung untuk keperluan mendesak.Kaum ibu menjadikan duit jualan upih pinang untuk membeli bahan dapur yang perlu.


PELBAGAI BENTUK BUNGKUSAN DARI UPIH PINANG

Upih pinang ini di gunakan untuk tujuan pembungkusan barang2 makanan di pasar atau di kedai makanan seperti menjual mee, rojak dan sebagai nya.Kalau penggunaan di kampung biasanya, menjadi pembungkus nasi bekal untuk kesekolah atau kekebun.Bahkan kalau pergi berkelah jugak, nasi di bungkus dalam upih pinang ini..


REKAAN KASUT DARI UPIN PINANG

Selain itu, upih pinang juga di gunakan untuk membuat sepatu segera, guna untuk melapik kaki masuk kedalam kebun, Untuk mengelak kaki dari terpijak duri atau binatang bisa,Upih pinang juga, setengah nya di reka di buat bakul untuk kegunaan mengutip hasil pertanian seperti mengutip buah kopi, koko dsb nya.


BUAH PINANG MUDA YANG DI HIRIS NIPIS



Selain itu kebanyakkan orang kampung menanam pohon pinang untuk mendapatkan hasil dari jualan buah nya, di jual dalam bentuh basah atau kering,Buah pinang muda di jual dalam bentuk basah, ia nya akan di sukat menggunakan tin minyak tanah, setin minyak tanah di beli olih peraih di antara harga rm4.00 hingga rm 6.00 bergantung pada pasarang yang di tentukan olih peraih2.sebelum di jual buah pinang akan melalui proses menokek iaitu membuang kulitnya.Buah2 pinang yang di beli olih peraih ini akan di kumpulkan dan akan di peroses dijadikan kepingan2 nipis untuk tujuan mudah mengeringkan nya untuk di jual semula kepada pemborong.Dalam kerja memotong pinang muda ini untuk di jadikan kepingan2 nipis, ramailah kaum ibu terlibat dalam proses ini.Kerja2 ini di panggil mengiris pinang.Upah mengiris pinang iaitu diantara 30 sen hingga 50 sen setin minyak tanah.Selepas proses menghiris ini, pinang akan di jemur atau di salai menggunakan api.Pinang kering yang telah siap di peroses ini akan di hantar kekilang sebagai utama membuat cat.




BUAH PINANG TUA YANG DI BELAH SEBELUM DI JEMUR DAN DI KERINGKAN UNTUK DI KELUARKAN ISINYA.



Buah pinang yang tua akan di belah dua dan dijemur sehingga kering, sebelum di cungkil keluarkan isinya.Setelah proses cungkil di jalankan, buah pinang ini akan di jemur semula untuk mendapatkan tahap kering yang di tentukan olih peraih,Kalau betul2 kering, akan tinggi lah harga nya.Kalau basah timbangan akan di tolak olih peraih mengikut budi bicara nya.Harga yang di tawarkan olih peraih diantara 30 hingga 60 sen sekati, pada waktu itu.

Buah pinang tua ini juga di gunakan untuk bahan utama pembuatan cat.

Pokok pinang yang telah matang atau tua.dikira sudah terlampau tinggi untuk diambil buah nya, akan di tebang.Batang pinang akan di peroses untuk di jadikan,tulang membuat atap nipah, atau rembia,buat tiang pondok, bangsal ternakkan, bangsal rewang majlis perkahwinan.


PELANTAR DAPOR TEMPAT BASUH PINGAN MANGKOK DI KAMPUNG2 BIASA NYA DI BUAT DARI BATANG PINANG,SAMADA DI BELAH DUA ATAU DI SUSUN BULAT SEBATANG2.MALAH LANTAI DAPUR ATAU SEBAHAGIAN RUMAH DI BUAT DARI BATANG PINANG YANG DI BELAH2.DINDING RUMAH JUGA SETENGAH NYA DI BUAT DARI BATANG PINANG YANG DI RACIK KECIL MEMBENTUK KEPINGAN (PELUPUH)SEBUTAN DALAM BAHASA JAWA.SUASANA RUMAH INI AKAN SENTIASA ADA PENGUDARAAN YANG BAIK,PADA WAKTU MALAM NYA CUKUP SEJUK

Batang pinang yang di pilih juga di belah2 untuk dijadikan lantai rumah,Kebanyakkan lantai rumah orang2 kampung di buat dari batang pinang, terutama di bahagian dapur atau tempat basuh(pelantar).Dan ada jugak batang pinang yang di belah2 halus di buang empulurnya untuk di jadikan dinding rumah.Angin sentiasa bebas keluar masuk dan suasana segar sejuk macam dalam bilik berhawa dingin.

Hari ini pinang di tanam untuk lanskap, hiasan taman atau keliling rumah.Ada sesetengahnya tercari2 bagaimana rupa pohon pinang itu.. 



Di negara kita pohon pinang sudah tidak ditanam secara komersial untuk di raih hasil nya sebagai sumber pendapatan utama,Tiada usaha serious di lakukan untuk menjadikan pokok pinang sebagai tanaman utama atau selingan sebagaimana di lakukan olih orang kampung dahulu.kebanyakkan pokok pinang di tanam berselingan dengan pokok kopi, koko, kelapa dan buah2an.Olih kerana orang kampung sudah beralih minat pada tanaman kelapa sawit yang memberikan pulangan lumayan dan senang menguruskan nya...Saya sendiri begitu fobia untuk menolong kedua orang tua masuk kekebun untuk membantu mengutip hasil kebun, seperti pisang, kopi, kelapa dan pinang.Banyak ketidaksanggupan untuk meredah semak lalang, sewaktu mengutip buah kopi atau pinang. Sewaktu bapak sibuk menurunkan buah pinang dengan menyabitnya menggunakan galah panjang.Buah pinang akan jatuh berselerak, buahnya akan banyak bersepai dari tangkai nya.Kerja2 mengutip buah pinang yg luruh dan berselerak di celah2 semak membuat aku, bosan..tak tahan gatal dan hangit bau kencing semut belacan...

Sehinggalah aku di tawarkan masuk ke sekolah berasrama....Hhehhe... merdeka aku rasa waktu itu...Biarpun sekolah yang di tawarkan pada aku itu, Sekolah Pertanian juga....Tak apalah.....sekurang2nya akau dapat melampiaskan hajat ku untuk keluar dari kampung...

Tapi hari ini akhirnya aku tinggal di daerah perkampungan dan di kelilingi kawasan perkebunan yang damai dan selesa...berusaha dan mendapat sumber pendapatan dari hasil pertanian juga selain bidang komersial lain yg aku usahakan....



ooooohhh..POHON PINANG........
18hb.September 2013, jam 1.25 ptg...di Latarwangi....

2 comments:

Ibu prihatin said...

Salam bos, kat mana nk bl upih pinang?

City Homestay said...

FallaLeaf ada jual patern moden. Search kat fb ig atau google