BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, 18 September 2013

BEKAL YANG DI CURI

MENCURI BEKAL


Tiada apa yang dapat aku jawab, tiada ungkapan apa pun yang dapat aku katakan,hanya berdiri diam kaku, bila Masran menuding pada ku yang sedang berdiri di sebelahnya.Masran katakan pada kakak dan abang nya bahawa  aku yang mencuri bekal nasi nya yang di bawa dari rumah.Masran kawan sekelas, sebangku malah memilih duduk di bahagian belakang sekali dalam kelas, sebab senang nak bergurau dan bermain.Selalu mendapat amaran dari cikgu sebab suasana bising dalam kelas dimulakan olih aku dan Masran.Sebaik saja sampai kesekolah sebelah pagi, sehingga masuk sekolah Agama di sebelah petang, tiada lain kawan rapat ku waktu itu, melainkan seharian dan setiap hari aku dengan Masran.

Masran mempunyai Abang dan kakak, masing2 dalam darjah 5 dan 6,aku masih di darjah 4 bersama Masran.Aku tidak mempunyai adik beradik lain yang sama belajar di sekolah itu.Kakak dah masuk sekolah menengah dan bersekolah  di pekan.



Berkeriut dahi ku, merah dan malu tak terkata bila kakak Masran menunjal dahi ku, serta kata ejekkan yang di hamburkan olih kakak dan abang Masran kepadaku..Tak malu curi bekal orang..!..Tiada apa yang bolih aku jawap.dan tak mampu melawan untuk mengatakan bahawa aku tidak mencuri bekal adik nya, seperti yang adik nya (masran) katakan. Situasi pagi itu, aku di kerumun kawan2 sekolah yang lain serta dua beradik Masran menghadapai aku, aku jadi gementar dan kelu lidah ku untuk berkata sesuatu..Perasaan malu terasa menengelamkan tubuhku di khalayak ramai depan kawan2 di tepi padang sekolah, di hadapan tiang bendera yang pagi tadi aku panjat untuk memasukkan tali yang terlepas..



Suasana rehat jam sepuluh pagi hari itu, terasa tawar dan hambar, kosong...sebal, geram pun ada.Untuk menghabiskan sesi pagi sehingga tengahari terasa amat panjang sekali.Biarpun dalam kelas Masran duduk di sebelah ku,suasana ceria nya sudah bertukar,Masran duduk agak berjauhan dengan aku, walaupun masih di bangku panjang yg sama.

Tiada apa yang dapat aku tumpukan dalam pembelajaran pada hari itu,Masran pun, aku perasan dia hanya diam, dan mungkin ada banyak pekara yang di pikirkan nya.Aku memerika pembaris kayu dalam bakul rotan sekolah.Sesekali aku ambik dan aku letak atas meja.Kemudian aku simpan buku2 lain dan aku kemaskan dalam bakul rotan sekolah,Tak ada mood langsung untuk aku menumpukan perhatian pada pelajaran,Masran ada cuba menjatuhkan pensel kontot nya pada kaki ku,Tapi aku tak memberikan respon apa2 pada nya...



Sebaik loceng tamat persekolahan sesi pagi di bunyikan, aku pun keluar berlari menuju ke kebun nanas sebelah bangunan sekolah.Kebun nanas milik tukang kebun sekolah yang bertugas secara sukarela di sekolah aku belajar.Kebun nanas dan lorong2 tanaman nanas itu adalah jalan pintas untuk balik kerumah, sebelum datang semula kesekolah untuk memulakan sekolah sesi petang iaitu sekolah Agama.Di satu lorong itulah aku menunggu Masran melalui jalan itu untuk mengambil basikal nya, sebelum pulang kerumah nya yang terletak lebih kurang sama jarak dengan rumah ku.Masran tinggal di kampung bersebelahan dengan kampung ku.Aku memegang pembaris kayu menunggu ketibaan Masran.Bila Masran sampai aku keluar dari semak persembunyian dan berlakulah pergelutan badan, tiada kata2 di keluarkan dari mulut masing2.
Bergumpal dan saling cuba memukul dengan buah silat yang tak pernah di pelajari dimana2 gelangang silat.Terasa sakit bila Masran mengigit pangkal lengan ku,aku cuba sentap bajunya supaya dia melepaskan gigitan nya.Tiada cara lain, aku lihat telinganya begitu hampir dengan muka ku, lalu aku gigit telinga nya.Saling menjerit dan bising.Dalam bising sibuk bergumpal dan bergelut,..jeritan dari tukang kebun bersuara keras membuat aku dan Masran bingkas bangun dan  berlari ke arah masing2..., Masih teringat suara keras tukang kebun sekolah memberi amaran..."Kecik2 dah pandai bergaduh, aku beritau bapak2 kamu baru tau...!."..Aku lihat baju sekolah Masran koyak dibahagian lengan nya, sedangkan baju sekolah ku habis putus dan tercabut segala butang nya.Aku nampak pembaris kayu ku patah terpijak semasa pergelutan tadi.Petang itu aku ponteng sekolah Agama.Aku tak tahu Masran meneruskan sekolah Agamanya atau tidak.



Esuk pagi kesekolah seperti biasa,Aku dan Masran masih duduk di bangku yang sama,cuma sejam dua je suasana agak senyap dan masing2 diam.Tiada ungkitan kisah semalam.Sengaja aku meminjam pemadam pada Masran dan Masran ada meminjam buku sifir ku.Waktu rehat sama2 menuju kantin dan makan sama2. Memang selalunya aku dan Masran akan menikmati makanan yang di bawa dari rumah.Bekal nasi dalam upih, selalu aku bertukar lauk bila waktu makan di bawah pokok kopi atau kelapa di belakang sekolah.

Sewaktu di darjah lima aku dan Masran tetap duduk sebangku dalam kelas di bahagian belakang.Pantang cikgu tak ada, aku dan Masran lah yang akan memulakan suasana bising,Satu hari bila cikgu tak ada, aku menyanyi di hadapan seorang murid perempuan yang cantik.Masran mencabar aku, kalau berani kau nyanyi depan budak tu.Memang pun aku suka pada budak perempuan tu, Bila Masran cabar je, aku terus menyanyi depan nya..Lagu Ahmad Jais yang aku gemari.Aku menyanyi membelakang kan muka kelas dan betul2 menghadap budak perempuan itu, Suasana kelas jadi senyap dan sunyi, hanya terdengar suaraku je mengalunkan lagu Ahmad Jais itu...Huuuu terbayang olih ku betapa sedap merdunya suaraku sehingga semua murid2 dalam kelas terdiam, dan asyik mendengar lagu dendangan ku...



Masran menunjukkan isyarat dengan muncung bibirnya,Masih ku ingatkan bahawa budak perpempuan itu suka pada ku dengan isyarat yang di tunjukkan olih Masran itu.Tiba2 terasa hujung anak rambut sexburn ku di tarik pedih..Aduuuiii....cikgu rupanya sudah berdiri lama di belakang ku...Patutlah semua murid diam,,ingatkan mereka terpegun dengar suaraku.Maka berdirilah aku di atas bangku sehingga waktu sesi sekolah pagi tamat tengahari itu.

Cikgu kelas kata,tak lama lagi kelas akan di pindahkan ke bangunan sementara, Sebab sekolah yang sedia ada tak muat untuk menempatkan murid2 yang ada. Dan pihak sekolah juga akan membina sekolah baru di buat dari bangunan batu.Bila cuti pengal pertengahan dah habis, maka persekolahan pun bermula, Teruja melihat sebahagian kawasan sekolah telah di pagar dan di kepung sebab ada pembinaan sekolah baru.Seronok melihat beberapa bentuk mesin pembinaan yang sebelum ini tak pernah melihatnya.Teringin untuk melihat bagaimana mesen2 itu beroperasi.Waktu pagi masuk kelas, sebarang kerja pembinaan belum di mulakan, sebab waktu kerja bagi syarikat pembinaan bermula jam lapan pagi.Terbayang akan rekabentuk satu mesen pelantak jenis penukul yang di angkat turun menggunakan kuasa generator.Membayangkan dan persoalan bermain dalam kepala..Bagaimah mesen itu bekerja agak nya....?



Bermula pada hari itu juga, murid2 kelas aku di tempatkan di bangunan sementara, di mana bangunan nya di buat dari kayu terpakai, atap nya menggunaka atap rembia, menakala dinding nya separuh bahagian bawah menggunakan papan, bahagian atas dawai mata punai, Tetapi bahagian belakang kelas masih belum di pasangkan jaring mata punai, barangkali kontrektor belum cukup masa untuk melengkapkan benaan nya.

Pelajaran yang di ajar olih cikgu pada pagi itu adalah mata pelajaran sains yang berkisar tentang pendebungaan, menggunakan istilah stigma, ranggi dsbnya yang memerlukan cikgu membuat eksprimen di hadapan kelas supaya dapat membantu murid memahami dengan lebih terperinci.Sedang dalam pembelajaran yang di ajar olih cikgu. Tiba2 terdengar jentera mesen pembinaan telah mula beroperasi..Begitu khayal membayangkan bagaimana mesen itu beroperasi...biarpun cikgu mengajar di hadapan khayalan dan bayangan di kepala tetap ketapak binaan, malah terdengar suara cikgu mengatakan,...Nanti semua orang bolih tenguk...!..Seronok mendengar ungkapan kata cikgu tu...Bila cikgu mengulang kata kali kedua, bahawa Ok..Bolih tenguk...!..maka aku tak membuang masa lagi, terus melompat dari dinding bahagian belakang kelas, terus menuju ke tapak pembinaan.Membayangkan bahawa aku ada lah orang yang pertama sampai ketapak binaan dan akulah orang pertama melihat jentera itu bekerja.Merasa bangga aku mendahului yang lain.Sedang asyik memerhati jentera mesen pelantak itu bekerja, tiba2 ketua kelas datang memanggil aku...Heii..cikgu panggil...!..Bila aku toleh kebelakang, rupanya hanya aku seorang yang tercegat melihat mesen itu bekerja..



Sebaik masuk kelas, semua murid yang berkumpul di depan kelas memandang aku.Cikgu kelas memberi tamparan keras kat pipi ku,..Saya suruh awak semua kedepan tenguk apa yang saya buat, bukan tenguk jentera yang buat sekolah tu...!..bentak cikgu...huhuhu malunya...Terasa tebal, pedih dan panas kena tamparan cikgu.Masran tak berhenti2 ketawa, malah muka nya di tundukkan kebawah meja tapi ketawa nya tak berhenti2.Malu aku dengan kawan2 yang sebab kena tampar cikgu.

Bila tamat sekolah rendah,aku memasukki sekolah menengah di pekan Rengit, dalam tingkatan satu, begitu jugak Masran, bertemu semula dan terus berkawan.Masih dalam kelas yang sama dan duduk dibangku bersebelahan serta memilih untuk duduk di baris belakang sekali.Olih kerana setiap hari perjalanan ku kesekolah menaikki basikal, maka bila ada sekolah baru yang baru di buka berdekatan dengan kampung ku, aku memilih untuk bertukar sekolah baru itu.Maka jadilah aku murid yang pertama mendudukki sekolah tersebut.Masran masih kekal bersekolah di pekan, setiap hari dia kesekolah menaikki bas yang memudahkan dia berulang alik kesekolah.Lagi pun rumah Masran tidak jauh dari jalan raya untuk menunggu dan menaikki bas setiap hari.Rumah ku agak jauh kedarat, dan dalam perkiraan ku dan keluarga, aku lebih dekat dan senang untuk belajar di sekolah yang baru itu.



Selepas perpindahan dan perpisahan itu, aku tidak berhubungan dengan Masran lagi.Sehinggalah aku masuk ke tingkatan empat di sekolah aliran vokesional di Rembau Negeri Sembilan,.Cerita atau kabar tentang Masran tidak ku ketahui lagi.Masing2 meneruskan usaha, mempelajari sesuatu yang perlu dalam hidup ini.Menerima tawaran pekerjaan di Jabatan pertanian dengan syarat, kena menjalani dulu program latihan selama 2 tahun di Institiut Pertanian di utara semenanjung dan sebahagian program di selatan, iaitu di Air Hitam Johor.Selepas tamat kursus aku di hantar ke Jabatan Pertanian di Negeri Penyu menangis,Tiadalah dapat bertahan lama dengan pekerjaan itu sebab bidang kerjaya tidak sesuai dengan kemahiran ku.Bertahun berlalu dan aku pun telah menjalankan perniagan ku sendiri.Perniagan yang aku jalankan adalah membuat papan iklan dan lukisan2 komersial yang sangat sesuai dan sangat aku gemari.Bakat ku dalam lukisan dan conteng menconteng sedari aku kecil memang sesuai dengan bidang perniagaan yang aku jalankan.



Suatu hari bila Syarikat aku di tawarkan untuk membina, mereka, membuat dan memasang PapanTanda di semua Kedai Telekom wilayah selatan,aku telah berurusan dengan semua pegawai yang mengendalikan Bangunan Kedai Telekom di semua tempat2 yang telah di arahkan sebagaimana arahan dokumen kontrak yang di tandatangi.Pada satu hari bila aku berhubung dengan Kedai Telekom Batu Pahat, untuk urusan yang sama, aku telah di pertemukan dengan Masran.Kebetulan Masran adalah pegawai yang menjaga Bangunan itu.Bertemu setelah sekian lama berpisah dan membuka semula lembaran persahabatn yang sekian lama terputus.Sibuk bercerita tentang itu dan ini,namun tiadalah aku ungkit kisah lama,semasa di sekolah rendah dulu.

Namun bila aku ingat akan kisah dulu, masih belum terjawab akan persoalan lama.Kenapa Masran menuduh dan menuding aku mencuri bekal nasi nya kepada kakak dan abang nya..di hadapan ku..?..
Satu hari Masran telah menalipon ku, untuk mengajak aku minum petang, kebetulan masa yang amat sesuai dan aku ajak Masran datang kerumah, lebih selesa sembang di sana, lagi pun aku banyak masa pada hari itu, sementara Masran pun setuju untuk datang kerumah.Selepas makan makanan yang di masak olih isteri..aku ajak Masran berbual di amben geleri ku.Tak berniat untuk menanyakan Soalan lama yang bermain dalam kepala ku,tapi tiba2 Masran membuka cerita lama, kisah sekolah rendah dulu.Aku secara spotan bertanya kepadanya, "Kenapa kau tuduh aku curi bekal mu di hadapan kakak dan abang mu waktu itu..?...".



Dalam ketawa dia berkata dan menjawab...OOooo kau ingat lagi ye kisah tu..!..Mestilah..jawab ku...Aku sebenarnya kena marah olih bapak ku pagi tu,Mak berikan bekal masing2 sorang satu,untuk bawak kesekolah, Tapi rasa marah dan tak puas hati sebab kena marah pagi2, aku buang bekal tu dalam semak masa nak pergi sekolah, Bila kakak dan abang ku tanya, mana bekal nasi yang emak bawakkan, Tak sanggup untuk aku katakan bekal itu aku dah buang, untuk menyelamatkan kaedaan supaya bila balik nanti tak kena marah lagi...Aku cakap lah yang bekal nasi tu kau yang ambik..sebab kau kawan aku kan...!..
Huhuhu...Ohhh Masran....hehe. tiada bantahan dari aku akan jawapan Masran itu..

Aku ketawa sendirian bila mengingat peristiwa itu... Memang sifat kawan itu kena sanggup korban,..Pergelutan, pergaduhan,persengketaan takkan memjadikan dua insan bermusuhan, kalau kita tidak ada sifat dendam.



Maka setiap kali bekal upih aku bawa kemana2 untuk di nikmati di mana2 ketika lapar..Aku teringat Masran...Semuga kau sekeluarga sihat sejahtera hendak nya...

Ngamarto September 18.2013



SEPOHON PINANG


SEPOHON PINANG


UPIH PINANG...


KHEMANGSANG


KALAU DAPAT UPI KERING,RENDAM DALAM AIR SUPAYA LEMBUT, SENANG NAK MEMBENTUK NYA.



UPIH YANG ROSAK TAK LAKU DI JUAL, DIPILIH UNTUK DI JADIKAN KASUT


Setiap pagi,ketika embun masih basah,Seorang wanita menyelinap masuk ke kebun sekitar kampung.Setiap pangkal barisan pohon pinang di jengah nya.Kalau ada upih yang jatuh dari pohon pinang, sudah nampak kelihatan dari jauh.Berbekalkan pisau belati di tangan nya, wanita itu akan mengerat upih dari belarak nya.Dikumpul satu persatu,di gendong sebanyak mungkin, untuk di bawa pulang.


UPIH PINANG JATUH TERGELETAK...

DI SIAT CANTIK,JANGAN SAMPAI KOYAK.

SEKARANG TENGUK PUN,RAMAI TAK HENDAK...

SEBAB TAK TAHU,GUNA NYA BANYAK..



Bila wanita itu keluar dari kebun, habis basah pakaian nya akibat meredah semak yang masih basah.Dengan pakaian seadanya, tanpa kasut melapik kaki nya, kekadang wanita itu secara kebetulan jalan beriringan dengan saya untuk menuju ke sekolah..

Orang kampung semua kenal dan biasa dengan sosok wanita ini.Kerja nya setiap pagi akan mengambil upih2 pinang yang gugur di kebun orang2 kampung.Kalau sebelah malam nya hujan dan angin kuat, maka banyak lah upih pinang dapat di kumpulkan nya.


PROSES MENYIAP KULIT UPIH, KENA BUAT BERHATI2 SUPAYA TIDAK TERKOYAK ATAU SIATAN YANG TERLALU NIPIS PADA BAHAGIAN YG NAK DI GUNA.


Upih pinang ini jugak menjadi sebahagian sumber pendapatan orang2 kampung terutama kaum ibu yang rajin untuk menambah tabungan nya, Bahkan anak2 sekolah juga berrebut2 dan berlumba2 mengumpulkan nya untuk di jual buat belanja sekolah.Bahkan kalau hari cuti, aktiviti mencari upih pinang menjadi kegiatan berpasukan.Ada setengah memanjat pohon pinang menggunakan tali.Mana upih pinang yang sudah kelihatan tua(merah/kuning) tapi masih melekat di pucuk nya, maka akan adalah hero tukang panjat untuk mengambil nya.

SESEKALI DI PERAGA


BEKALAN KE KEBUN


ROJAK MANIS DAN MEE GORENG BIASA AKAN DI BUNGKUS UPIH DALAM BENTUK BEGINI PADA WAKTU TAHUN 6OAN.


MAKAN BONTROT DI KEBUN


 UPIH PINANG JUGA BOLIH DI BUAT REKAAN CENDERAHATI.


DI BUAT HANTARAN PERKAHWINAN MAJLIS NGANTEN KANAK-KANAK DALAM SESI PERMAINAN PONDUK-PONDUK.



KASUT UPIH YANG DI REKA KHAS UNTUK MAIN BOLA, ATAU MASUK DALAM KEBUN UNTUK MENGELAKKAN KAKU TERPIJAK DURI LALANG ATAU BINATANG BISA. 


SAMPUL MENYERUPA KANTUNG BERTANGKAI, DI GUNAKAN UNTUK MENGUTIP HASIL KAMPUNG SEPERTI SEMASA MEMETIK BUAH KOPI ATAU BUAH PINANG. 



KASUT REKAAN TERKINI DARI PEREKA KASUT TERSOHOR MALAYSIA 


PERNYIAPAN BAHAN MASAKKAN KALAU DI SEDIAKAN DALAM SEDIAAN BEGINI, PASTI CHEF TERUJA NAK MEMASAK NYA..

Upih pinang yang telah di siat di buang kulit keras nya, akan di jual kepada peraih, yang datang dengan basikal ke kampung2.Peraih ini akan membeli dengan kadar, antara 3 sen hingga 6 sen sekeping, bergantung kepada, saiz, dan kebersihan permukaan upih pinang tersebut.Sebelum di jual kepada peraih, upih2 pinang yang telah di siat kulit kerasnya, akan di jemur atau di anginkan di penyidai2 yang di buat dari batang2 buluh.Buluh yang di buat ampaian menjadi pemandangan biasa di rumah kampung2, samada di bawah rumah atau di atas rumah.Bahkan Kain baju juga di ampai di situ.


Dengan jualan upih pinang inilah, kebanyakkan kanak sekolah dapat duit belanja, atau mengumpulkan nya untuk membeli bahan lain,peralatan sekolah juga sebahagian di tabung untuk keperluan mendesak.Kaum ibu menjadikan duit jualan upih pinang untuk membeli bahan dapur yang perlu.


PELBAGAI BENTUK BUNGKUSAN DARI UPIH PINANG

Upih pinang ini di gunakan untuk tujuan pembungkusan barang2 makanan di pasar atau di kedai makanan seperti menjual mee, rojak dan sebagai nya.Kalau penggunaan di kampung biasanya, menjadi pembungkus nasi bekal untuk kesekolah atau kekebun.Bahkan kalau pergi berkelah jugak, nasi di bungkus dalam upih pinang ini..


REKAAN KASUT DARI UPIN PINANG

Selain itu, upih pinang juga di gunakan untuk membuat sepatu segera, guna untuk melapik kaki masuk kedalam kebun, Untuk mengelak kaki dari terpijak duri atau binatang bisa,Upih pinang juga, setengah nya di reka di buat bakul untuk kegunaan mengutip hasil pertanian seperti mengutip buah kopi, koko dsb nya.


BUAH PINANG MUDA YANG DI HIRIS NIPIS



Selain itu kebanyakkan orang kampung menanam pohon pinang untuk mendapatkan hasil dari jualan buah nya, di jual dalam bentuh basah atau kering,Buah pinang muda di jual dalam bentuk basah, ia nya akan di sukat menggunakan tin minyak tanah, setin minyak tanah di beli olih peraih di antara harga rm4.00 hingga rm 6.00 bergantung pada pasarang yang di tentukan olih peraih2.sebelum di jual buah pinang akan melalui proses menokek iaitu membuang kulitnya.Buah2 pinang yang di beli olih peraih ini akan di kumpulkan dan akan di peroses dijadikan kepingan2 nipis untuk tujuan mudah mengeringkan nya untuk di jual semula kepada pemborong.Dalam kerja memotong pinang muda ini untuk di jadikan kepingan2 nipis, ramailah kaum ibu terlibat dalam proses ini.Kerja2 ini di panggil mengiris pinang.Upah mengiris pinang iaitu diantara 30 sen hingga 50 sen setin minyak tanah.Selepas proses menghiris ini, pinang akan di jemur atau di salai menggunakan api.Pinang kering yang telah siap di peroses ini akan di hantar kekilang sebagai utama membuat cat.




BUAH PINANG TUA YANG DI BELAH SEBELUM DI JEMUR DAN DI KERINGKAN UNTUK DI KELUARKAN ISINYA.



Buah pinang yang tua akan di belah dua dan dijemur sehingga kering, sebelum di cungkil keluarkan isinya.Setelah proses cungkil di jalankan, buah pinang ini akan di jemur semula untuk mendapatkan tahap kering yang di tentukan olih peraih,Kalau betul2 kering, akan tinggi lah harga nya.Kalau basah timbangan akan di tolak olih peraih mengikut budi bicara nya.Harga yang di tawarkan olih peraih diantara 30 hingga 60 sen sekati, pada waktu itu.

Buah pinang tua ini juga di gunakan untuk bahan utama pembuatan cat.

Pokok pinang yang telah matang atau tua.dikira sudah terlampau tinggi untuk diambil buah nya, akan di tebang.Batang pinang akan di peroses untuk di jadikan,tulang membuat atap nipah, atau rembia,buat tiang pondok, bangsal ternakkan, bangsal rewang majlis perkahwinan.


PELANTAR DAPOR TEMPAT BASUH PINGAN MANGKOK DI KAMPUNG2 BIASA NYA DI BUAT DARI BATANG PINANG,SAMADA DI BELAH DUA ATAU DI SUSUN BULAT SEBATANG2.MALAH LANTAI DAPUR ATAU SEBAHAGIAN RUMAH DI BUAT DARI BATANG PINANG YANG DI BELAH2.DINDING RUMAH JUGA SETENGAH NYA DI BUAT DARI BATANG PINANG YANG DI RACIK KECIL MEMBENTUK KEPINGAN (PELUPUH)SEBUTAN DALAM BAHASA JAWA.SUASANA RUMAH INI AKAN SENTIASA ADA PENGUDARAAN YANG BAIK,PADA WAKTU MALAM NYA CUKUP SEJUK

Batang pinang yang di pilih juga di belah2 untuk dijadikan lantai rumah,Kebanyakkan lantai rumah orang2 kampung di buat dari batang pinang, terutama di bahagian dapur atau tempat basuh(pelantar).Dan ada jugak batang pinang yang di belah2 halus di buang empulurnya untuk di jadikan dinding rumah.Angin sentiasa bebas keluar masuk dan suasana segar sejuk macam dalam bilik berhawa dingin.

Hari ini pinang di tanam untuk lanskap, hiasan taman atau keliling rumah.Ada sesetengahnya tercari2 bagaimana rupa pohon pinang itu.. 



Di negara kita pohon pinang sudah tidak ditanam secara komersial untuk di raih hasil nya sebagai sumber pendapatan utama,Tiada usaha serious di lakukan untuk menjadikan pokok pinang sebagai tanaman utama atau selingan sebagaimana di lakukan olih orang kampung dahulu.kebanyakkan pokok pinang di tanam berselingan dengan pokok kopi, koko, kelapa dan buah2an.Olih kerana orang kampung sudah beralih minat pada tanaman kelapa sawit yang memberikan pulangan lumayan dan senang menguruskan nya...Saya sendiri begitu fobia untuk menolong kedua orang tua masuk kekebun untuk membantu mengutip hasil kebun, seperti pisang, kopi, kelapa dan pinang.Banyak ketidaksanggupan untuk meredah semak lalang, sewaktu mengutip buah kopi atau pinang. Sewaktu bapak sibuk menurunkan buah pinang dengan menyabitnya menggunakan galah panjang.Buah pinang akan jatuh berselerak, buahnya akan banyak bersepai dari tangkai nya.Kerja2 mengutip buah pinang yg luruh dan berselerak di celah2 semak membuat aku, bosan..tak tahan gatal dan hangit bau kencing semut belacan...

Sehinggalah aku di tawarkan masuk ke sekolah berasrama....Hhehhe... merdeka aku rasa waktu itu...Biarpun sekolah yang di tawarkan pada aku itu, Sekolah Pertanian juga....Tak apalah.....sekurang2nya akau dapat melampiaskan hajat ku untuk keluar dari kampung...

Tapi hari ini akhirnya aku tinggal di daerah perkampungan dan di kelilingi kawasan perkebunan yang damai dan selesa...berusaha dan mendapat sumber pendapatan dari hasil pertanian juga selain bidang komersial lain yg aku usahakan....



ooooohhh..POHON PINANG........
18hb.September 2013, jam 1.25 ptg...di Latarwangi....

Tuesday, 17 September 2013

AKU TAK LAYAK

TUHAN KU.....

AKU TAK LAYAK JADI HAMBA MU..
KERANA HATI KU TERHIJAP SELALU...
WALAU BASAH BIBIRKU MENYEBUT NAMA MU SELALU...
LALAI KU,SYAITAN DI PERTUHAN KAN SELALU....


KERANA HATI KU TERHIJAP SELALU...
BUKA KAN LAH HIJAP PINTU-PINTU HATIKU...
AKU INGIN DEKAT DENGAN MU SELALU...
AGAR HIDUP SELALU JIWA KU....

BUKA KAN LAH HIJAP PINTU-PINTU HATI KU...
AGAR MENUJU MAKAM MULIA HAMBA MU...
TIADA LAH DAYA UPAYA DIRI KU..
SYAITAN SELALU AJAK BERPALING DARI MELIHAT MU..


AGAR MENUJU MAKAM MULIA HAMBA MU...
SEDANG NAFSU AMARAH TAK UPAYA PINDAH...
BAGAIMANA PULA DENGAN RADHIAH DAN MARDHIAH MU...
NAFSU GAGAH, SEDANG JIWA LEMAH UNTUK HIJARAH...

SEDANG NAFSU AMARAH TAK UPAYA PINDAH...
LAWWAMAH,MULHAMAH,MUTMAINNAH NUN JAUH,...
TIADA LAH DAYA UPAYA KU BERKEHENDAK IBADAH..
RINDUKAN TANGAN,LIDAH TARKIAH MENDIDIK ASUH..


LAWWAMAH,MULHAMAH,MUTMAINNAH NUN JAUH...
AKAN KU PANJAT MENANGGA BERSIMPUH...
BABULKHAIRAT,MANARITIL ILLMI,AKU PIKIR BELUM JAUH...
AJAKKAN BERTANDANG DARI INSAN MU PENDIDIK AMPUH...

AKAN KU PANJAT MENANGGA BERSIMPUH...
DALAM TUNDUK MENERIMA TAWAJUH...
KALAM GURU YANG MENDIDIK, MENYEPUH...
INGIN MENGILAP SEMULA LATAIF YANG TUJOH...


Terima Kasih TG Prof Dr.Haji Jahid Bin Sidek Al Khalidiah,Teman2, Sahabat2 yang masih nampak aku..
Syukran2,..Allah masih menutupi aib ku...


Di Latar Wilalong 17hb September 2013...4.00pagi.