BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 5 December 2013

W SALAM DUISBURG

Menjawab surat dari Duisburg

Waalaikum salam Wbkth...



Terima kasih...semuanya berjalan dan bergerak sebagaimana biasa atas paksinya.Perniagaan yang abah jalankan agak slow,tidak sebagaimana dulu2.Bagaimana pun masih terkawal.



Abah percaya dunia pembelajaran yang kau lalui sekarang tidak sama dengan pembelajaran pembelajaran yang kau tempuh sebelum ini.Apapun kesulitan dan kepayahan yang di hadapi kalau kita meletakkan ianya dalam kedudukkan hati kita sentiasa merasai syukur,tidak bangkit keluh kesah yang menunjukkan bahawa kita sukar memperolihi sesuatu.Apatah lagi kalau kita mampu menterjemahkan syukur itu dalam bentuk tindak tanduk seharian kita.Maka akan terpamirlah bahawa kita ini akan sentiasa positif menghadapi persoalan dan permasalahan yang melingkari kita.Namun harus punya kekuatan,apatah lagi kalau ada dorongan dan sokongan dari orang2 yang kita sayangi, kasihi, memahami sekaligus mendampingi juga menghargai apa yang kita buat..



Ya ..lah perjalanan mu masih panjang,Usahakan perolihi sesuatu yang terbaik buat diri mu.Bukankah belajar itu untuk menjadi pandai, pandai dalam istilah..pandai mentadbir hidup sendiri bahkan untuk orang lain juga.Dipanggil orang berguna itu adalah orang yang memberi manfaat untuk orang lain serta lingkungan nya.Cuba fikirkan orang yang lemah dan bodoh itu,tidak dapat memberi faedah untuk dirinya apatah lagi untuk orang lain malah lingkungan nya.



Ilmu kebaikkan yang di tuntut olih seseorang itu adalah sangat berguna untuk menempatkan dirinya dalam ruang2 dunia ini, sekaligus untuk orang lain juga.Cuba bayangkan seorang tekhnokrat berjuang belajar bertahun tahun lama nya menimba ilmu, Setelah banyak ilmunya ia praktis di lapangan, mengolah membudidayakan sumber alam ciptaan tuhan ini, maka terhasil dan terciptalah penemuan penemuan yang semua itu memberi banyak guna nya untuk kesejahteraan kehidupan manusia sekali gus mengangkat martabat nya sebagai seorang yang mulia.Perjuangan dan pekerjaan orang ini adalah pekerjaan soleh dan disebut amal nya sebagai amalan orang soleh.Kerana ALLAH sangat suka orang orang yang semacam ini.Menepati perentahnya kepada tugas khalifah di atas muka bumi ini.



Cuma satu kiasa  dan paham paham agar semua anak anak abah tau apa tujuan hidup ini.Ketahui lah amal dan pekerjaan soleh itu bukan milik manusia yang bertempat tinggal dalam masjid sahaja yang sentiasa di tangan nya menghitung biji tasbih.Berpenampilan ala islamik, warak kata katanya, sufi sufi perbuatan nya.Mereka semua tidak terhitung dalam perhitungan ALLAH,kalau hatinya lalai mengingat ALLAH.Sebab bertasbih dan mengingat ALLAH itu sentiasa ada dalam hati orang yang tahu tujuan hidupnya di atas muka bumi ini.
Lalu jiwa yang sensitif pilu di hambat kesedihan, bermurung, berdukalara dianggap tiada tempat olih orang berjiwa besar yang tahu,bahawa perjalanan hidup nya adalah perjuangan memikul beban tugas tujuan hidup sebenar.Maka sensitif yang di maukan dan harus ditanamkan ialah sensitif pada jahil nya kita dalam mengekplotasi kemampuan diri itu sebaik baik nya.


Abah tidak punya kesempatan untuk menempati dan belajar ilmu di mana mana menara gading seperti yang anak anak perolihi sekarang.Abah tidak merasa kecewa dan abah tetap selalu merasakan tanpa kesempatan itupun abah bolih melakukannya dari arah yang lain.Lalu hasil nya abah berusaha untuk mermbuat sesuatu yang terbaik untuk diri abah juga untuk keluarga.Maka atas terjemahan rasa syukurlah yang membuat abah dapat melakukan tugas tanggungjawab seadanya pada keluarga dan semua orang orang yang ada hubungkait dengan usaha abah.Namun sebagai manusia biasa,abah tidak bolih lari dari keperluan keperluan asas naluri manusiawi yang mestinya bergantungan antara satu dengan lain.


Seorang guru takkan di gelar guru tanpa anak muridnya.Seorang guru yang baik juga tidak dapat mengajarkan sesuatu ilmu dengan baik dan berkesan tanpa kerjasama dari murid murid nya.Tetakala guru mengajar, mestinya ada perasaan hormat murid pada gurunya.Murid mestilah mendengar dengan cermat, tekun,dan sopan bila bertanya dan yang penting ada perasaan ingin belajar.Menakala ada sesuatu kekurangan pada diri guru,murid tidaklah bolih perotes.."Aku tak suka guru ini, aku ingin guru yang lebih baik", atau "Aku tak mau guru kelulusan diploma tapi aku mau guru yang ada izajah mengajar aku.."...



Bila syarat berguru tidak di patuhi, jadi proses pembelajaran tidak berlaku.Displin pembelajaran amat penting apatah lagi menuntut ilmu lehidupan yang lebih komplikated di luar sana.Itulah tamsilan yang bolih abah buat dalam menyingkap tabir hitam "Rumah Cantik Atas Bukit." Sesungguh nya tiada manusia sempurna atas muka bumi ini melainkan yang di utus ALLAH akan rasul junjungan yang di gelar AL AMIN, Manusia kekasih ALLAH itu benama MUHAMAD, Dialah contoh terbaik umat manusia.



Seorang pemimpin tidak dapat menjalankan peranan nya dengan baik tanpa sokongan, dorongan, kerjasama dan perasaan di pimpin olih pengikut pengikut nya, pembantu pembantu nya dan orang orang yang di bawah naungan nya.



Perhatikan tangan kiri kita dalam menyikapi kesibukkan tangan kanan untuk  melaksanakan tugas.Tangan kiri tak pernah protes dalam melaksanakan tugas, walaupun tugas yang di lakukannya hampir semua melibatkan pekara pekara atau hal hal yang nampak tidak baik pada pandangan kita.Dari cuma melayani gerak tangan kanan,hingga mencuci najis di punggung kita.

Walhal tangan kanan, kita kira olih pandangan mata kita, melakukan tugasan baik, dari memegang barang yang kita suka, menyuap makanan hingga mengira wang, yang mendahului nya adalah tangan kanan.Tapi harus ingat, walaupun tangan kanan selalu mengira wang, bila membeli jam, tangan kiri yang memakai nya.


Pengajaran apa...dalam hidup ini, mestinya perasaan syukur di dahulukan.Tidak semua apa yang kita impikan di dunia ini tercapai.Berpada lah..Kita tak dapat semua dan kita tak hilang semua.Cuma manusia ini akan merasa kesal bila apa yang di milikki hilang semuanya.Susun bait bait pantun LATARWANGI menjelaskan semuanya.Mungkin sengaja tak kisah, dan tak kuasa untuk memahami apa pendidikkan dan pengajaran nya waktu ini...Barangkali setelah penyusun kata kata itu telah tiada,barulah nampak ada kebaikkan nya.



Abah bersikap mudah walaupun kadang kadang keras dalam pendirian abah mengenai sesuatu.Seperti selalu yang abah sebut dalam kesempatan kuliah pendek dan di kesempatan kesempatan lain yang ada.Bahawa ilmu matematik mengatakan 2 X 5 adalah sepuluh jawapan nya.Namun dalam kenyataan matematik kehidupan selalunya berbedza.Peluh keringat abah dan lain lain yang terlibat dalam usaha membangun rumah cantik atas bukit menjadi saksi bahawa semua itu lahir dari rasa tanggungjawab amanah terjemahan atas nama syukur.


Apapun kekurangan abah, janganlah jadikan alasan untuk abah di anggap menyusahkan,
Akhir kata, abah tetap sayang pada semua ahli keluarga abah, Abah tak pernah ada perasaan benci malah abah sentiasa tetap sentiasa di serang rasa gugup bila talipon berdering lewat malam, Selamat belajar dan berjaya kepada semua dan anak anak yang lain.
Abah tak kemana mana, tapi abah ada di mana mana.  Doakan abah sihat selalu...



sekian.... wasalam..

Dari isi bag lama, ceritanya masih sama..5hb Disember 2013



Tuesday, 5 November 2013

HILANG SEKEJAP

HILANG SEKEJAP




Ambil Kakak


Kakak mintak izin untuk memetik pucuk daun ubi pulut di seberang parit depan rumah nya dulu, sebelum mengikuti aku balik.Laju kakak petik pucuk daun ubi yang muda2, Sekejap je dah dapat sepeluk sebelah tangan nya.






Cemas muka kakak, aku perhati dari titi dua batang pinang yang di letak melintang parit kecil, tempat aku berdiri sambil menunggu kakak siap memetik pucuk daun ubi pulut,Nak bawak balik bagi bapak katanya.Kakak kata, bapak suka makan sayur pucuk ubi pulut yang di masak urap atau masak sayur lemak.Memang selalu pun kakak bawak sayur pucuk ubi pulut bila kakak balik menziarahi bapak dan keluarga.Kakak akan masukkan sayur pucuk daun ubi pulut,dalam kantung kain bekas tepung cap kunci dan ikat di karya basikal yang di kayuh olih suami nya.Kalau tidak pun kakak akan bungkus sayur pucuk daun ubi itu dengan upih pinang lalu di ikat tali dan di gantung di handle basikal.




Rindu Kakak


Kakak dah siap petik sayur pucuk daun ubi pulut dan dah siap pun di ikat dengan tali pelepah pisang kering yang di lurut daun nya...Dah siap dah..!..kata kakak...Aku pandang dan sempat merenung kakak yang berbaju kurung putih, kain cotten dengan kain batik yang dah hampir kusam warna nya.Selendang panjang cuma di kalungkan di lehernya.Rambut kakak yang tak berapa panjang cuma di ikat dengan getah gelang, nampak bertocang kecil kebelakang.
Cemas hati kakak menampakkan tekanan di wajah nya yang agak kusam menyembunyikan wajah lembut dan ayunya.Rasa bersalah ku, membuat kakak cemas begitu.Aku kuis cebisan daun pisang kering berbalut sarang lelabah yang tersangkut di hujung rambut kakak.





Aku suruh kakak duduk baik2 di belakang tempat duduk motosikal honda 50 cc yang bapak baru beli dari Wak Yunus sebulan yang lepas.Motosikal honda kecil yang di bawa masuk dari singapura itu bergerak lancar melalui jalan benteng tepi sungai sepanjang perjalanan dari kampung kakak tinggal di Sungai Kluang, Rengit,hingga ke kampung Parit Tengah,Seri Merlong, kampung bapak tinggal.Jarak nya lebih kurang 5 batu.





Sesekali aku memberek mengejut dan membeluk2 bagi mengelak lubang dan lopak2 yang di penuhi air dari hujan yang turun malam tadi.

Terasa kakak memeluk dan memaut pinggang ku dengan kuat.Bila aku melakukan begitu, kakak tak henti2 pesan nya supaya aku berhati2.Walaupun cuma sebelah tangan kakak memeluk pinggang ku sementara sebelah tangan nya lagi memeluk bungkusan sayur pucuk ubi, namun itulah kehangatan dan kemesraan yang aku rasa dan rindukan selama aku berpisah dengan kakak.Tiada lah gamitan kuat yang membuat aku pulang ke kampung melainkan rasa rindu ku pada kakak yang ini.Sejak aku sekolah jauh dari kampung sehingga aku keluyuran kemana-mana sementara menunggu panggilan masuk sekolah lagi atau terus bekerja, aku jarang tinggal di kampung.Samada mengikut kawan2 bekerja apa saja di Johor Bahru atau masuk ke Singapura bekerja binaan di sana.Bila ada ruang untuk balik kekampung, maka rumah kakak lah yang aku singgahi.





Sepanjang perjalanan, tak banyak yang aku cerita atau bualan ku pada kakak.Sengaja aku lambatkan perjalanan itu,sambil mengelak2 lopak2 air, malah sengaja aku lajakkan laluan di atas rumput2 di tepi jalan sepanjang sungai.Bila motosikal dalam kaedaan tak stabil kakak akan galak memesankan agar berhati2 dan meminta supaya jangan laju2 sambil tangan nya kuat memaut pinggang ku.Merapatkan tubuh nya kebelakang ku untuk menjadikan motosikal bergerak dengan stabil.Aku suka kakak buat begitu kerana itu sebenar nya yang aku mau dan rindukan.


Rasa bersalah jugak dalam hati, kerana tidak memberitau pada kakak hal sebenarnya. Sengaja aku reka alasan " Bapak suruh kakak balik.."..ada hal penting....sebenar nya itu cuma helah ku, kerana aku yang rindu dengan kakak sebenarnya...
Bila sampai di rumah,Bapak belum balik dari kebun,Emak sibuk di dapur.Kakak terus naik ke rumah ikut pintu dapur, untuk tolong emak buat kerja dapur, masak dan siapkan makanan tengahari.Aku sorongkan motosikal masuk kolong bawah rumah dan buat kerja ku sendiri.
Aku dengar suara bapak balik dari kebun belakang rumah.Jelas aku dengar suara bapak menyapa kakak, Bila kakak sampai dan bertanyakan ada hal apa balik...?...juga tanyakan kenapa tak balik dengan suami sekali.

Lembut dan bersahaja je kakak jawab...Saje balik nak hantar sayur pucuk ubi yang bapak suka dan kebetulan adik  kesana tadi.Dalam seminggu ni musim hujan, banyak pucuk ubi tumbuh kat seberang parit depan rumah.

Tengahari itu, bila kakak panggil makan, kakak pun tak cakap apa2..Cuma kakak cakap, nanti petang hantarkan kakak balik....Sambil mendekatkan pingan sayur dan lauk dekat depan ku..Kakak Kata, lain kali kalau lama tak balik kampung,..pergi je rumah kakak dan tido sana...Kakak tak marah pun, aku bohongkan dia tadi...huhuhu




Bapak Marah


Sunyi di ruang dapur, tiba2 aku dengar suara keriuhan di rumah atas,Dengar suara bapak marah dan mengamuk sebab aku tampal poster gambar seksi di bilikku.Poster gambar wanita seksi itu aku perolihi sebagai hadiah sewaktu membeli seluar jean berjenama pada waktu itu...Bapak kata..maksiat, nanti malaikat tak nak masuk rumah.Habis di koyak2kan semua poster itu dan di baling ke tanah.

Entah apa syaitan yang masuk di tubuh ku waktu itu, aku lawan kemarahan bapak...aku tanggalkan semua gambar2 lama, (gambar kaabah, kapal laut, burak) yang bapak bawa balik sebagai kenangan sewaktu bapak mengerjakan haji tahun 1954.Semua gambar2 yang terdapat di ruang rumah besar aku lontarkan ketanah..

Puncak kemarahan bapak, bapak halau aku dari rumah..mengikut darah mudaku dan panas hasutan syaitan...aku nekad keluar dari rumah, yang pada awal nya pun, aku tak tahu kemana nak tuju.



Pergi Dari Rumah


Kakak berdiri di atas tanah di hujung tangga anjung...Kakak cuba senyum lembut sambil mengusap2 muka nya dengan selendang panjang.Aku cuma lalu di depan nya..Kakak cuma memesankan agar baik2 dan pandai2lah jaga diri...Ada duit nanti simpan, katanya lagi...



Bulan pertama pemergianku dari kampung aku bekerja sebagai buruh binaan di Clementi di Singapura, Bekerja dengan seorang tauke cina yang mengambil kerja2 pembersihan di kawasan perumahan yang hampir siap.Kerja2 mengemas dan membersihkan sampah sarap,sebelum kawasan itu di serahkan kepada pemaju yang memajukan projek perumahan tersebut.Lebih kurang sebulan setengah aku bekerja di tempat itu, aku pindah bekerja ikut tauke cina yang lain,bila satu hari aku terjumpa dengan orang yang aku kenali bekerja di kawasan perumahan itu.Aku nekad untuk tidak mahu di ketahui olih sesiapa di mana aku berada dan bekerja.

Pertemuan dengan orang yang mengenali aku, akan menyebabkan mereka akan bercerita dengan rakan2 mereka yang mengenali aku, lalu akan sampai cerita itu di kampung nanti.

Kerja Di Singapura

Tempat kerjaku yang baru tidak lah berapa jauh dari tempat yang mula2 aku bekerja.Mengikut seorang tauke cina yang menjalankan kerja2 pembinaan di kawasan perumahan baru,Kerja yang aku lakukan seperti mengikut arahan langsung dari tauke atau wakil nya untuk membersih dan memindahkan barang2 yang terlonggok seperti besi2 terpakai atau barang2 yang di kira menganggu laluan atau kawasan itu mahu di dirikan setor atau tempat simpanan barang yang baru sampai.Tugas ku sering berkeliaran dan meronda di kawasan pembinaan dengan sebuah kenderaan yang di panggil 'Dumper'...Seronok melakukan kerja tersebut, agak bebas, Sementara tempat tinggal ku berada di tingkat 6 di bangunan setinggi 20 tingkat. Sementara orang lain iaitu kumpulan buruh binaan membina kutai tempat tinggal nya di kolong bawah bangunan atau di tingkat satu, aku memilih untuk membina kutai sendiri dan tinggal berasing di tingkat 6, yang aku kira terhindar dari kebisingan dan hiruk pikuk pekerja binaan yang lain.Aku kirakan bila tinggal di tempat yang tinggi, nyamuk tidak ada di situ, rupanya sarang pembiakkan nyamuk ada di mana saja, asalkan ada takungan air di bangunan yang belum siap.



Lukis Komik


Bila masa tamat waktu kerja setiap hari, aku menghabiskan masa di kutai ku sendirian,Banyak masa aku habiskan dengan melukis komik dengan tajuk2 cerita yang aku reka sendiri.Melukis di atas kertas A4 menggunakan pen dan berus yang di celup dengan dakwat cina.Beberapa naskah nipis dapat aku siapkan untuk beberapa buah tajuk cerita yang menarik mengikut imigasi ku.Ada beberapa kawan yang aku kenali sewaktu bekerja di situ membaca komik yang aku hasilkan.Cukup puas di hatiku bila ada kawan yang meneliti dan membaca sampai habis dalam sebuah cerita bergambar yang aku lukis itu.Hanya ada dua naskah tajuk cerita yang tersimpan sehingga beberapa tahun selepas itu.Namun ia nya musnah hilang entah kemana di sebabkan keserabutan kaedaan, dalam berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Kemalangan

Satu pagi, ketika aku bekerja memindahkan besi2 terpakai dengan Dumper yang di serah khusus untuk kegunaan ku,Aku lihat orang ramai pada berlari riuh dan berkaedaan cemas menuju ke satu arah.Aku jadi panik dan ikut cemas.Aku pikirkan ada kejadian pergaduhan atau rusuhan kaum terjadi, Sebab petang semalam aku di ceritakan olih seorang kawan di tempat kerja  tentang cerita rusuhan kaum di Singapura yang pernah terjadi lama dulu.Dari kaedaan suasana yang terjadi waktu itu, orang2 pada menjerit cemas dan berlari2 maka aku membayangkan betapa dahsyat dan ngerinya kaedaan yang akan berlaku. Lalu aku melompat turun dari Dumper yang sedang aku pandu itu, berlari mengikuti orang2 yang sedang menuju kesatu tempat.Dumper aku biarkan bergerak sendiri dengan muatan penuh besi2 terpakai menuju ke arah longkang konkrit. Tiada lagi anggapan positif yang menguasai pikiran aku waktu itu.



Apa yang aku pikirkan ialah turut menyelamatkan diri dari risiko terlibat dalam rusuhan kaum yang bakal  terjadi nanti.Merapati kumpulan orang2 yang sedang berlari menuju kesatu tempat yang aku kirakan tempat persembunyian selamat dari tempias rusuhan...Rupa nya orang sibuk berlari untuk melihat satu kemalangan ngeri, ada pekerja binaan bahagian pengalian parit longkang tertunjam besi bulat berbunga dari atas bangunan. Besi sebesar 1 inci garispusat melorot kebawah ketika di angkut naik menggunakan kren.Berceracak merata di atas tanah,besi sepanjang 8 kaki bila ia melorot dari ikatan nya sewaktu cuba di punggah kebahagian paling atas bangunan setinggi 20 tingkat itu.Sebatang besi itu telah jatuh dalam kaedaan berdiri mengenai pekerja binaan yang sedang bekerja menggali tanah untuk membuat longkang saliran di tepi bangunan.

Bagaikan aksi dalam sebuah filem purba,Lelaki pekerja binaan yang di ketahui berasal dari muar Johor itu,memegang bahagian besi yang tembus dan terkeluar di bahagian hadapan dada nya.Besi sepanjang 8 kaki dengan saiz 1 inci garis pusat berbagi dua, separuh terkeluar di bahagian dadanya, sebahagian nya di bahagian belakang nya.Di beritau olih kawan2 sekerja nya...bahawa lelaki yang tertusuk besi itu, kemlangan ketika lelaki itu sedang membongkokkan badan nya dalam longkang tanah sewaktu menggali menggunakan cangkul.

Jiwa lelaki ku tak sanggup untuk melihat kaedaan yg terjadi.Sementara kereta ambulan, dan polis menjalankan kerja menyelamatkan lelaki yang kemalangan itu,Aku teringat Dumper yang aku lepaskan dari kawalan ku tadi.Bila aku berlari semula ke arah dumper yang aku tinggalkan tadi, orang sedang ramai berkerumun menyaksikan kemalangan yang lain pula.Dumper yang aku lepaskan dari kawalan ku tadi, rupanya telah menyasar, melanggar dan merosakkan sebuah kereta dan motosikal lalu merempuh longkang simen dan menjunam kedalam nya.Habis terperosok dumper dengan segala muatan besi terpakai terjunam dalam longkang.Merasakan ketakutan yang amat sangat di sebabkan kecuaian dan kesalahan yang telah aku lakukan...ooohh tidak....Sementara orang ramai  belum dapat mengecam siapa yang menyebabkan kejadian itu, maka aku mengambil keputusan untuk keluar meninggalkan kawasan itu secepat mungkin sebelum tauke tahu aku telah melakukan kesalahan dengan merosakkan harta benda nya, termasuk sebuah kereta dan motosikal yang belum di ketahui pemilik nya.

Aku cuma sempat berlari ke kutai ku, mengambil bag kecil berisi sedikit pakaian dan sekotak peralatan melukis.Yang lain, aku pikirkan sudah tak penting lagi.



Ke Jurong

Aku menaikki teksi menuju ke arah Jurong, Kerana Jurong telah di sebut olih pemandi teksi itu, ketika aku lambat memberikan jawapan bila di tanya olih pemandu teksi, mahu kemana..?..Aku berhenti di sebuah perhentian bus yang agak lengang dibandingkan perhentian bus lain yang nampak sibuk dan ramai orang.Ketika aku bertenang mencari arah, aku lihat sekumpulan orang sedang mengerumuni sebuah lubang besar tak jauh dari perhentian bas tempat aku berdiri.Lama aku memerhati,sedikit demi sedikit menghilangkan rasa curiga dan aku percaya sekumpulan orang itu sedang menjalankan kerja pengalian, memandangkan ada sebuah kren saje di situ memunggah tanah dari dalam lubang.Tiada kesibukkan seperti di kawasan sebuah projek pembinaan perumahan, iaitu pemandangan biasa yang terdapat di merata Negara Singapura waktu itu.
Aku dekati kumpulan orang itu dan menanyakan ada kerja kosong atau tidak kepada seorang india yang kelihatan nya sebagai ketua di tempat itu.Dia memberitahu bahawa kumpulan nya sudah cukup orang tetapi kumpulan lain ada memerlukan pekerja lagi.Dia menunjukkan aku jalan di celah2 belukar, dan tak jauh dari situ ada pejabat tapak, untuk menemui ketua kumpulan yang di maksudkan itu.

Aku di terima bekerja, dan petang itu juga aku diminta menyertai kumpulan pekerja ship malam untuk memasukki lubang yang aku lihat siang tadi.Kemudahan tempat tinggal berupa kutai panjang di sediakan untuk pekerja seperi aku.Walaupun kutai dan pejabat tapak projek itu agak tersembunyi dalam kawasan belukar dan jauh dari kesibukkan, namun semua kemudahan lengkap.Kantin, kedai runcit semua ada di kawasan itu.Rupa nya banyak terdapat lubang besar di kawasan itu yang jarak nya satu kilometer antara satu dengan yang lain.Setiap pekerja yang memulakan tugas dalam lubang itu di mestikan meninggalkan pasport perjalanan di pejabat tapak dengan menyerahkan pasport kepada ketua setiap kumpulan.Supaya mudah melakukan semakkan butiran pekerja sekiranya berlaku sesuatu kejadian tidak di ingini berlaku ketika melakukan kerja2 pengalian dalam lubang besar seterusnya menyusur terowong dalam tanah.



Terowong Bawah Tanah.

Memasukki lubang besar menggunakan tangga besi, menuruni anak tangga dengan kedalaman 10 meter. Menaikki lokomotif yang di gerakkan menggunakan kuasa bateri untuk menuju ke point pengalian sejauh 800 meter.Setiap 1 kilometer akan bertemu dengan lubang besar yang lain.Hawa dalam terowong itu sentiasa sejuk.Dipasang kipas dan mesen penyedut udara dari atas permukaan bumi.Sepanjang terowong di terangi lampu dari kuasa letrik yang di salur dari generator yang sentiasa bekerja.Landasan keretapi/lokomotif sepanjang terowong yang di bena.Tugas kumpulan pekerja ialah memasukkan tanah yang telah di korek olih mesen berkuasa hidrolik menggunakan skop memasukkan kedalam gerabak logam yang di tarik olih lokomotif untuk di bawa keluar melalui lubang besar. Sebahagian pekerja yang mahir dan terlatih, bertindak memasang kepingan blok konkrit pada bahagia tanah yang telah di keluarkan tadi.Kerja pengalian di lakukan terus menerus, iaitu 24 jam sehari.Dibahagikan kepada 3 kumpulan.Setiap kumpulan akan bertugas selama 8 jam bekerja dalam terowong dalam tanah.

Kepingan blok konkrit itu bila di cantumkan lengkap, akan membentuk sebuah bulatan bersaiz 6 meter garispusat.Mengikut keterangan yang telah di berikan, terowong yang di bena nanti akan bertindak sebagai saluran najis atau longkang besar dalam tanah meliputi seluruh Pulau Singapura,

Aku serasi dan seronok bekerja di situ bersama kawan sekerja yang baru di kenali.Mereka kebanyakkan nya berasal dari utara semenanjung, seperti kedah,pulau pinang dan utara perak.Masuk bulan kedua, aku bekerja di tempat itu, aku di tugaskan untuk menjaga lubang besar, memberi isyarat kepada pemandu kren untuk menurunkan tali bagi mengangkat keluar gerabak logam berisi tanah selut dan di buangkan ke atas permukaan bumi.Satu kemahiran dan kecekapan memberikan isyarat terpadu kepada pemandu kren agar gerabak yang di tarik keluar tidak bergesel dengan dinding lubang besar, berkemungkinan merosakkan kelengkapan yg ada, di khuatiri juga dinding akan runtuh.Banyak waktu rehat sementara menanti kedatangan gerabak2 logam berisi tanah selut yang di tarik olih lokomotif dari terowong dalam tanah.Kesempatan untuk berbual dengan pemandu kren berpengalaman serta belajar cara2 mengendalikan kren.

Satu hari pemandu kren tak datang bekerja,dimaklumkan pemandu kren melancarkan mogok di sebabkan gaji yang di perolihi tidak setimpal dengan pengalaman dan kemahiran yang dia ada.Menjadi satu kesulitan bila pemandu kren tidak datang bekerja, akibat nya semua kumpulan tidak dapat bekerja kerana tanah selut yang di gali tak dapat di keluarkan
Olih kerana seorang pemandu kren tak datang bekerja, maka semua operasi pengalian tak dapat di jalankan. Para pekerja merasa kerugian kerana tak dapat bekerja bermakna gaji tak ada.

Pengurus tapak projek merasa susah hati dan terpaksa mencari pemandu kren yang baru yang tak mendatangkan masaalah untuk kerja2 berjalan lancar.Sementara mencari pemandu kren yang baru kerja2pengalian terpaksa di tangguhkan, bermakna satu kerugian melibatkan banyak pekara yg bersangkutan.Sementara menunggu pemandu kren yang baru di perolihi, mungkin memakan masa beberapa hari,Pengurus projek bertanyakan kepada semua pekerja, ada sesiapa kalangan pekerja bolih memandu kren.Olih kerana tapak projek berada dalam kawasan yang agak tersorok dari penempatan awam dan pemantauan pihak berkaitan engin dan jentera,maka ketua kumpulan dengan ketua operasi telah memberitahu kepada pengurus projek, bahawa aku bolih memandu kren buat sementara.



Teringat-ingat Kampung.

Pada hari itu, semua pekerja bercuti sebab cuti umum yang di wartakan olih kerajaan Singapura.Semalam kebetulan hari semua pekerja menerima gaji.Aku merancang untuk masuk ke Johor Bahru, bagi memperbaharui chop pasport di imigresen Johor Bahru.Peraturan yang telah di tentukan, pelawat yang memasukki Singapura, hanya di benar berada di singapura selama 2 minggu sahaja.Melainkan kemasukkan seseorang itu bertujuan untuk bekerja dan menggunakan permit kerja yang sah.Sedangkan kemasukkan aku ke singapura adalah sebagai pelawat biasa yang menggunakan pasport terhad, maka setiap 2 minggu sekali, aku mesti memasukki Johor Bahru untuk tujuan mendapatkan pengesahan kemasukkan baru.

Dalam perjalanan ke Tambak Johor untuk memasukki komplek  imigresen dan kastam, perasaan ku begitu sayu dan sangat2 merasakan kerinduan pada kampung halaman yang  lebih 6 bulan aku tinggalkan.Wajah kakak dan bapak, begitu jelas terbayang dan suasana kampung begitu mengamit untuk aku  pulang.Aku saja menepis gamitan itu, membayangkan bagaimana bapak begitu marah pada ku, waktu aku melawan kemarahan nya dulu.Sengaja aku membuang masa menyusur bandar Johor Bahru, sambil mengenang dan mengingati teman2 yang pernah aku perkawan dengan nya sebelum ini, namun aku tak berhajat untuk menemui mereka.

Melihatkan paparan poster wayang yang di tampal pada dinding panggung, timbul keinginanku untuk memasukki panggung bagi melupakan apa yang bersarang di kepala.Sementara menunggu masa untuk masuk semula ke singapura sebelah petang nya, aku membeli tiket wayang di panggung Jalan Ah Fook.

Begitu kuat tarikkan nya di hati ini untuk pulang kekampung,Tiada lah tumpuan ku pada cerita wayang yang sedang di tayangkan waktu itu, walaupun cerita Kung Fu cina yang selalu menjadi kesukaan ku, namun desakkan untuk segera pulang begitu kuat dan terasa sayu dan sebak dada ini untuk menolak lambaian kampung halaman.Aku segera bangun dan terus keluar dari panggung wayang, walaupun cerita nya belum habis.Aku segera mendapatkan teksi untuk menuju kekampung ku yang mengambil jarak perjalanan sekitar 3 jam menggunakan bas awam.Lagi pun waktu itu tak memungkinkan untuk aku sampai kekampung menggunakan perkhidmatan bas, sebab perjalanan yang terhenti2 dan bersambung bas lain, akan menyebabkan aku tak dapat terus sampai kekampung halaman, kerana bila aku sampai je di pekan Benut, tiada lagi bas atau kenderaan yang bolih membawa aku ke kampung ku, sebab hari sudah malam.

Teksi meminta aku membayar rm60.00 untuk terus sampai kekampung ku,Tapi itu pun bergantung pada kaedaan jalan, Sekiranya teksi tak bolih memasukki jalan kekampung ku atau jalan terlalu becak, teksi akan menurunkan aku ke tempat terakhir di mana teksi bolih masuk.Aku bersetuju...Sewaktu teksi melalui jalan raya melewati pekan2 kecil seperti Pekan Nenas,Pontian,Air Baloi,Sanglang,seterusnya Pekan Benut,perasaanku macam tak sabar untuk cepat sampai ke kampung halaman.Melalui Pekan Tampok dan membeluk untuk terus ke Parit Betak lalu memasukki kampung ku,..tiba2 aku sebak dan suluhan lampu teksi menyuluh jalankampung yang belum berturap grewel apatah lagi aspal,membuatkan aku tiba2 mengalirkan air mata.Syukur perjalanan teksi terus sampai di halaman rumah bapak.Tiada menempuh jalan becak dan licin sebab tiada hujan turun nampak nya dalam seminggu itu.Rasa gembiraku pada perjalanan malam itu, Aku tambahkan rm10.00 lagi pada pemandu teksi yang menghantar ku sampai kerumah pada malam itu.



Suasana kampung yang sepi dan gelap, tiada lagi bekalan lampu letrik dan paip air sebagai kemudahan asas yang di salurkan kekampung ku waktu itu.Bila teksi berpatah balik, aku segera mengetuk pintu rumah tanpa memberi salam.Rupanya pintu tak berkunci dan aku terus menuju ke rumah tengah, kerana aku lihat bapak ada di situ bersandar di tiang seri rumah menghadap pelita minyak tanah sambil memulas2 rokok daun nya.
Rasa gementar untuk menghadapi bapak hilang di sebalik rasa suka ku dapat sampai kekampung ku pada malam itu.

Jam sepuloh malam, sudah menampakkan susana nya begitu lewat kalau di kampung2 waktu itu.Aku lihat emak yang belum tidor berbaring di sebelah adik2 yang masing2 sudah tidor nyenyak.Aku duduk bersandar dinding menghadap bapak, sebelah kiriku ruang berbaring emak dan adik2 yang lain.



Kakak Kembali Ke Rahmatullah.

Tiba2 aku terdengar suara bayi menangis dan emak segera membetulkan kedudukkan bayi itu, menyalinkan lampin nya, menangis kerana basah lampin nya..Belum sempat aku melontar soalan, bapak spotan memberitahu, bahawa bayi itu anak saudara mu....anak kepada arwah kakak mu yang meninggal baru2 ini....

.Innalillahi..wainalililahirojiun.....Al Fatihah untuk Kakak...
Kakak telah kembali ke Rahmatullah sewaktu aku hilang dari kampung halaman.....

5hb november 2013 bersamaan 1 muharam 1435...Wilalong Mengenang.9.59pm

Wednesday, 9 October 2013

NYE..KHENG..KRANG

USAH TANYA BUDI MU



MELONGGO..TAPI KENA PERCAYA...
SEMEN DEY TAPI TIADA SENDENAN..
TERIMA PADA KENYATAAN NYA..
BUDI DI SEBUT, DI KATA UNGKITAN..



KARANG BELUKANG KERING THEMANGSANG...
DI POTONG LONGOK,DI CUCUH API DI BAKAR..
SISA BAKARAN, ABU KERING SELIRAT ARANG...
DI TIUP ANGIN, TINGAL BEKAS YANG TERBAKAR..


APA LAH BUDI, DI TANYA TANYA KAN...
BAGAI TEROMPAH YANG NIPIS DI PAKAI...
BERUNTUNG BAIK, TIDAK DI BUANGKAN...
CUMA TAK BUSUK, DI SEBUT BANGKAI...


INGAT LAH DIRI, JANGAN TERASA BERBUAT BUDI....
NANTI LUKA HATI, BILA BUDI TAK DI HARGAI..
MENGHARAP BALASAN MANUSIA MENJADI BADI..
TIDAK  DI SARUNG KAKI,SEMUT BOLIH MENDIAMI...



BOLIH JADI KEMAMPOL PADA PERASAAN..
TENGELAM TIDAK, BOLIH JADI KELAYAPAN...
KENA TEGUH JIWA MELAWAN PERASAAN...
MONTANG MANTING JIKA TAK ADA KETEGUHAN...


DALAM RAMAI TERASA SENDIRIAN...
TIDAK SALAH IBU MENGANDUNGKAN..
PUN BUKAN SALAH PENGASUHAN...
SETIAP YANG HIDUP MELALUI UJIAN...



USAH MENANGISI NASIB NYA BADAN...
SE CALIT BUDI TIADA PENGHARGAAN..
NAMA NYA MANUSIA ADA PENGHARAPAN..
SETIDAK NYA UNTUK SEMANGAT KEDEPAN...


MOHON TIDAK BERPUTUS ASA...
JANGAN SERIK BERBUAT JASA...
KITA BERBUAT, ORANG MERASA...
DI BENCI ORANG JANGAN DI RASA...



SAKIT DADA MU JIKA MENGENANG SEMUA, LIHAT KEDEPAN, JALAN MASIH LUAS TERBENTANG....HARI INI TANAH SEKELILING TELAH KAU GEMBURKAN, TINGGAL CUMA BERCUCUK TANAM...ANDAI ADA HIDUP TANAM TANAMAN,..ANGGAP SAJA ITU BUKAN KITA PUNYA PERBUATAN......TERPULANG PADA YANG MERASA KENYANG MEMAKAN TANAMAN ITU, ....BERSYUKURLAH PADA TUHAN....Bukan cuma dengan lidah, tapi terjemahkan lah dalam perbuatan....

....Wilalong Panggonan Sa'Untaraney....09 oktober 2013..jam 3.45 pagi..

Saturday, 5 October 2013

KAKI BOLA



KAKI BOLA,BOLA KAKI


Pagi itu sebaik masuk kelas, cikgu kelas ada menyebut  nama aku Mazlan,dan Masran.Meminta kami bertiga keluar menuju kepenjuru padang sekolah yang betul2 berada di depan kelas.Cikgu kelas meminta Masran dan Mazlan berlari keseberang padang untuk melihat siapa yang lebih pantas di antara mereka bagi mewakili sekolah dalam larian 100 meter...senang nya cikgu memilih wakil sekolah waktu itu..Dalam larian pergi balik, ternyata Masran mendahului Mazlan dalam ujian itu...terkempis2 mereka berdua menahan nafas dalam cubaan berlari secara sepontan begitu...Cikgu memilih Masran untuk mewakili sekolah dalam acara larian 100 meter antara sekolah sekolah yang akan di adakan pada keesukkan pagi di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Kluang, Rengit. Mazlan di pilih untuk berserta kumpulan murid lelaki lain dalam acara 400 meter lari berganti2..



 Awak...!..cikgu menunjuk kearah aku, lalu mengeluarkan arahan untuk aku, mewakili pasukan sekolah dalam acara Bola sepak...antara sekolah-sekolah bersama kumpulan pasukan bola sepak yang telah di kenal pasti sebelum ini.......?????..tak ada apa bantahan, cuma mengganguk..sekadar tahu Bola Sepak... tapi tak paham bagaimana permaianan Bola sepak itu..lebih2 lagi mengenai peraturan, cara permainan yang betul,.hukuman2,kedudukkan seseorang dalam pasukan itu sendiri, Selama ini cuma bermain tendang2 bola je di sekolah, maupun di padang2 lalang di rumah...Petang2 jika tak mandi kesungai, atau melastik burung, atau mencari upih pinang, atau, main getah gelang, gasing atau berjualan aiskrim atau lain2 aktiviti bebas sendiri, tiada lah aku ini minat atau suka atau pandai dalam acara sukan..bukan mengada2 tapi memang tiada minat kearah itu.

Sebelum masuk kelas semula, cikgu mengulang semula pesanan nya bahawa apa yang di sebut sebentar tadi adalah muktamad.Akur dalam kaedaan termangu2, aku bertiga mengganguk kan kepala je...Satu lagi pesan nya, besuk pagi, murid2 yang di pilih untuk mewakili sekolah di kehendakki hadir awal dari biasa.Bas yang di sewa olih pihak sekolah akan menunggu di rumah tukang kebun, semua murid akan berkumpul di situ untuk memulakan pergerakkan...Tiadalah kegembiraan untuk merasa teruja akan pemilihan itu..keterujaan nya cuma pada, bahawa besuk pagi akan menaikki bas beramai2...dimana kaedaan begitu bukan peluang yang selalu di perolihi. pekara kedua yang mengundang kemegahan ialah, terpilih dalam mewakili sekolah dalam permainan bola sepak, Sedangkan abang2 aku, ketawa mengekeh2 untuk menerima berita, aku mewakili sekolah dalam perlawanan bola sepak...Kawan2 sekampung cuma ucap  bagus dan menyatakan gembira tapi berbaur sindiran malah  iri hati....huhuhu.



Sebagaimana yang telah di tetapkan, Pagi itu ramai murid2 lain telah berkumpul di rumah tukang kebun untuk mendengar taklimat terakhir dan juga sarapan pagi sebelum rombongan bergerak..Cikgu menekankan agar semua murid2 makan kenyang2 dan yang paling mengujakan, bila cikgu berpesan juga agar makan telor rebus yang telah di sediakan, seberapa banyak yang bolih,.Isteri tukang kebun membekalkan telor rebus untuk di makan di dalam perjalanan nanti.Bukan lah selalu  untuk kanak2 kampung dapat peluang makan telor rebus begitu dalam jumlah yang banyak.Selalu nya kalau makan telor rebus di rumah dalam bentuk irisan kecil2 dalam nasi bancaan yang di buat olih keluarga.Telor sebiji di belah2 halus menggunakan benang untuk di agihkan kepada ramai adik beradik....




Bila sampai ke Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Kluang, Rengit, semua murid menuju kepadang.Tiada lah lain tumpuan ku untuk acara yang lain, Melainkan acara bola sepak yang telah di tetapkan pada aku semalam.Sebenar nya sejak pagi semalam bila cikgu menyebut arahan untuk bermain bola sepak, aku tak bolih tidor malam, memikirkan tanggungjawab yang terpaksa di pikul. Dan sebenar nya aku tak tahu langsung pasal bola sepak yang aku sebut sebelum ini.

Cikgu suruh aku dan kawan2 yang mewakili sekolah dalam acara bola sepak, supaya bersiap sedia di tepi padang, kerana sebentar lagi. acara bola sepak akan di mulakan.Tambah debar dalam dada ini malah kepucatan air muka dapat aku rasakan....Teringat sebelum melangkah menaikki bas, tukang kebun ada meletakkan besen buruk berisi bara api berbau kemenyan, berkepul2 asap nya menyalut tubuh dan menyesak baunya memenuhi bas yang di naikki.Tukang kebun kata ...upacara itu adalah untuk menguatkan semangat murid2...huhuhu.



Sebaik saja wisel di bunyikan cikgu menjerit agar segera memasukki padang. Perasan setokin yang aku pakai adalah setokin kerja abang, agak longar dan selalu melurut ke buku lali.Tiada lain tumpuan ku ketika berada di padang melainkan sentiasa memandang di mana kedudukkan bola dan berlari kemana saja bola pergi...hampir seluruh padang aku jejakki bola, dan berlari selagi mampu....tiada lah mengira akan posisi sebenar akan tugas ku sebagai pemain bola sepak...Aku cuma berhenti berlari bila wisel di tiup tanda permainan di berhentikan pada separuh permainan...Kaedaan itu aku teruskan dalam masa permainan kedua sehinggalah tamat permaianan.Aku cuma mengetahui bahawa sekolah aku kalah dalam perlawanan itu setelah berada di tepi padang saat berkumpul di akhir permainan..Petang itu terasa begitu amat letih, tidak lah seletih sebagaimana bermain kejar2 sewaktu mandi di parit, atau sungai, tidaklah sepenat mengejar burung wak2 dalam kebun sewaktu memburu nya....ahhhh...nyampah nya aku dengan kaeadaan terlibat dalam permainan yang aku tak tahu , tak paham dan tak minat....


Bola sepak, adalah satu permaianan yang di gemari ramai orang, tak kira tua atau muda, kanak2 atau remaja, semuanya ketawa gembira pasal bola..Aku terikut ketawa bila tenguk bola sepak, bukan ketawa turut gembira sebab kegirangan mengira kemenangan pada pasukan yang disokong tapi ketawakan diri sendiri, bahawa aku adalah pemain bola sepak yang mewakili sekolah untuk kali pertama dan terakhir....hehhehe ...sampai sekarang,aku pun tak tahu sangat pasal bola...cuma gembira melihat orang gembira...Tapi ada juga sedikit sumbangan ku untuk merasa terlibat dalam sukan bola sepak...sekurang2nya aku memberi sokongan semangat...lebih2 bila pasukan negara terlibat dalam perlawanan yang menuntut kemenangan demi maruah negara.....Oooooo.... sepak bola..! kata arwah bapak...


Bawah pohon kelapa...D"Ngamarto....5hb okt 2013, jam 2.00 pagi.

Wednesday, 2 October 2013

DAGANG AIR BATU TUAL

DAGANG AIR BATU TUAL

BASIKAL BAPAK PUNYA.

Bila bulan puasa, tiadalah aktiviti yang bolih mendapatkan pendapatan tambahan untuk duit poket. Dari sejak awal puasa sudah merancang untuk mencari wang bagi persiapan menyambut raya akan datang. Beli mercun, beli kabaid untuk main meriam buloh, beli cat basikal dan peralatan nya, basikal buruk bila di cat, akan kelihatan cantik dan sedikit baru. Soal baju, kasut dan songkok biasanya, bapak akan belikan. Kotak songkok baru yang bapak belikan, itu lah nanti di jadikan tabung simpanan mercun yang di beli secara berangsur-angsur.Kalau dapat penuhkan tepekkan mercun dalam kotak songkok itu, di kira sudah handal jugak lah tu.Tak kira samada mercun bunga, mercun merah, atau mercun lidi.Mercun merah biasanya agak mahal sekali waktu itu, mercun bunga harganya agak sederhana dan mampu di beli olih kanak2, mercun lidi agak kecil saiz nya, dan bunyi nya pun tak berapa kuat, kalau tak mampu beli yang mercun merah, mercun bunga pun ok,..Kalau mercun bunga tak mampu, mercun lidi pun ok jugak..Bunga api tak begitu populer waktu itu.



Meriam buloh bolih buat sendiri, kat baruh banyak pokok buloh yang bolih di tebang untuk di buat meriam, Buluh ampel ada kat belakang surau, Bolih ajak kawan atau sepupu ambik buloh tu.Sambil ambik buloh untuk meriam, bolih juga ambik untuk buat pelita pasang masa seminggu nak raya.Malam terawih, bolih lah bincang dengan sepupu atau kawan2 kat surau, untuk sama-sama ambik pokok buloh tu buat meriam.


TONG KAYU BUAT SENDIRI
Dalam perkiraan untuk mendapatkan budget-budget persiapan raya itu, jalan yang nampak bolih mendatangkan sumber kewangan, ada lah dengan menjual air batu tual.Modal tak banyak, kotak kayu bolih buat sendiri, atau  pun, bolih ambik tong air oren yang tak pakai, kat belakang kedai runcit abang, bersihkan, kalau kotor sangat bolih basuh, gosok dengan sabut, cantik lah dia.Pinjam basikal bapak,untuk pergi ambik air batu besar kat pekan rengit, pastu terus pergi berjualan sampai habis.


Untuk berjualan air batu tual, biasanya, waktu yang sesuai untuk  bergerak dari rumah, iaitu sebelum tengahari,Lebih kurang sejam perjalanan kepekan Rengit yang jarak nya lebih kurang 7 batu (12 Kilometer) dari rumah. Melewati jalan-jalan kampung, melalui jalan pintas dan seterusnya menuju kepasar ikan, Ditepi pasar itu ada setor menjual air batu tual yang besar, Setual besar harganya seringgit, saiz kotak yang di bawa, bolih memuatkan separuh saiz air batu tual yang ada jual di setor itu.Separuh tual besar di jual dengan harga lima puloh sen.Separuh air batu tual itu, bolih di pecahkan menjadi sepuloh tual. di jual dengan harga sepuloh sen setual.Kalau habis jualan petang itu, upah untuk petang itu ada lah lima puloh sen setelah di tolak dengan harga belian tadi...



Jualan air batu tual, laku ketika bulan puasa, lebih-lebih lagi kalau musim panas. Disebabkan di kawasan kampung masih belum ada bekalan letrik, maka untuk mendapatkan air batu memang tidak ada, melainkan kalau kedai runcit di kampung itu ada menjual nya.Mereka pun mengambil nya dari Pekan Rengit, dari sumber yang sama. Selalu juga bila ada penjual ikan masuk kekampung-kampung berjualan, kadang-kadang kanak-kanak akan mintak air batu yang di campur dalam ikan tersebut.Peluang untuk mintak air batu pada penjual ikan biasanya,... bila bapak atau mak beli ikan, maka si penjual akan dengan rasa belas dan bermurah hati memberikan ketulan air batu yang terdapat dalam tong ikan nya untuk mengelakkan ikan jualan nya cepat busuk.




Di setor tempat jualan air batu tual itu, air batu di simpan dalam setor papan, Longgokkan air batu tual dalam saiz besar akan di tutupi dengan habuk papan, sebelum di tutup dengan guni.Bila dapat masuk dalam ruangan setor itu, badan terasa sejuk dan nyaman sekali.Pekerja Setor itu akan tolong membelahkan tualan besar itu kepada saiz kecil yang kita hendak.Biasanya tualan kecil di buat, cukup dengan membuat garisan lekuk pada permukaan air batu dengan gergaji.Selebih nya kita akan membawa parang tumpul atau parang kontot serta pengetuk kayu, bila ada pembeli nak beli baru kita pecahkan menggunakan parang tumpul dan pengetuk tadi.Ini untuk mengelakkan air batu tual cepat cair dan cepat mengecil dari saiz sebenar.
Air batu tual yang siap di beli, akan di masukkan kedalam tong yang di ikat pada karya basikal, sebelum memasukkan air batu tual kedalam tong tersebut, bahagian bawah tong akan di lapik dengan guni, kemudian di masukkan habuk papan, barulah di letakkan air batu tual tadi,...Bahagian tepi dan atas akan di tutup semula dengan habuk papan dan bahagian atas sekali akan di tutup dengan guni.
Maka bermula lah, berjualan dari rumah kerumah untuk menghabiskan sepuloh tual air batu tadi.Sekiranya hari tak hujan, maka bolih lah di habiskan jualan petang itu juga, Kalau tak habis juga di sebabkan hujan atau tak laku, maka terpaksalah bawa balik kerumah untuk di makan sendiri bersama keluarga. Nasib berjualan bergantung pada faktor cuaca juga rezeki yang telah di tentukan.
Sesekali ada juga sengaja menyimpan setual untuk di bawa balik, sebab terasa ingin memakan nya dengan air kelapa muda bila buka puasa nanti.



Tak dapat di pastikan juga, untuk berjualan air batu tual ini setiap petang, kalau hari hujan, atau basikal, bapak bawak kekebun darat, atau mungkin ada projek lain yang lebih utama, jualan air batu tual terpaksa di lupakan sekejap.



Kalau jualan air batu tual tak dapat di habiskan untuk petang itu, biasanya saya tahu kemana nak di bawa air batu itu, selain di bawa pulang untuk minuman sejuk waktu berbuka puasa.Saya akan singgah ke rumah Nyai Sipah di kampung sebelah sebelum balik..Sandarkan basikal di pohon belimbing depan rumah nya, sambil menunggu Nyai Sipah muncul di laman rumahnya..Nyai Sipah  akan muncul dari kolong bawah rumah , keluar dari pintu belakang bahagian dapur...Dengan muka sejuk dan manis nya, dia akan menyapa mesra...Berapa lagi yang belum habis..nak..?..Saya akan katakan jujur kepada nya...Tinggal dua tual Nyai..!..ooo bungkus lah..pintanya lembut, dan dia menghulurkan duit dua puloh sen untuk harga dua ketul itu...Setiap kali di rasakan tidak dapat menghabiskan jualan air batu, di sebabkan cuaca hujan atau keletihan mengayuh basikal sepanjang petang di bulan puasa, saya akan menuju kerumah Nyai Sipah menagih simpati nya...



Dan saya tahu Nyai Sipah cuma meletakkan air batu itu dalam dulang besar sampai air batu itu cair sendiri bila sudah habis beku nya......


semuga Allah mencucuri rahmat keatas mu...Nyai Sipah,,,AlFatihah....amin-amin..
Suria City Hotel Johor Bahru...4hb okt 2013.