Menjawab surat dari Duisburg
Waalaikum salam Wbkth...
Terima kasih...semuanya berjalan dan bergerak sebagaimana biasa atas paksinya.Perniagaan yang abah jalankan agak slow,tidak sebagaimana dulu2.Bagaimana pun masih terkawal.
Abah percaya dunia pembelajaran yang kau lalui sekarang tidak sama dengan pembelajaran pembelajaran yang kau tempuh sebelum ini.Apapun kesulitan dan kepayahan yang di hadapi kalau kita meletakkan ianya dalam kedudukkan hati kita sentiasa merasai syukur,tidak bangkit keluh kesah yang menunjukkan bahawa kita sukar memperolihi sesuatu.Apatah lagi kalau kita mampu menterjemahkan syukur itu dalam bentuk tindak tanduk seharian kita.Maka akan terpamirlah bahawa kita ini akan sentiasa positif menghadapi persoalan dan permasalahan yang melingkari kita.Namun harus punya kekuatan,apatah lagi kalau ada dorongan dan sokongan dari orang2 yang kita sayangi, kasihi, memahami sekaligus mendampingi juga menghargai apa yang kita buat..
Ya ..lah perjalanan mu masih panjang,Usahakan perolihi sesuatu yang terbaik buat diri mu.Bukankah belajar itu untuk menjadi pandai, pandai dalam istilah..pandai mentadbir hidup sendiri bahkan untuk orang lain juga.Dipanggil orang berguna itu adalah orang yang memberi manfaat untuk orang lain serta lingkungan nya.Cuba fikirkan orang yang lemah dan bodoh itu,tidak dapat memberi faedah untuk dirinya apatah lagi untuk orang lain malah lingkungan nya.
Ilmu kebaikkan yang di tuntut olih seseorang itu adalah sangat berguna untuk menempatkan dirinya dalam ruang2 dunia ini, sekaligus untuk orang lain juga.Cuba bayangkan seorang tekhnokrat berjuang belajar bertahun tahun lama nya menimba ilmu, Setelah banyak ilmunya ia praktis di lapangan, mengolah membudidayakan sumber alam ciptaan tuhan ini, maka terhasil dan terciptalah penemuan penemuan yang semua itu memberi banyak guna nya untuk kesejahteraan kehidupan manusia sekali gus mengangkat martabat nya sebagai seorang yang mulia.Perjuangan dan pekerjaan orang ini adalah pekerjaan soleh dan disebut amal nya sebagai amalan orang soleh.Kerana ALLAH sangat suka orang orang yang semacam ini.Menepati perentahnya kepada tugas khalifah di atas muka bumi ini.
Cuma satu kiasa dan paham paham agar semua anak anak abah tau apa tujuan hidup ini.Ketahui lah amal dan pekerjaan soleh itu bukan milik manusia yang bertempat tinggal dalam masjid sahaja yang sentiasa di tangan nya menghitung biji tasbih.Berpenampilan ala islamik, warak kata katanya, sufi sufi perbuatan nya.Mereka semua tidak terhitung dalam perhitungan ALLAH,kalau hatinya lalai mengingat ALLAH.Sebab bertasbih dan mengingat ALLAH itu sentiasa ada dalam hati orang yang tahu tujuan hidupnya di atas muka bumi ini.
Lalu jiwa yang sensitif pilu di hambat kesedihan, bermurung, berdukalara dianggap tiada tempat olih orang berjiwa besar yang tahu,bahawa perjalanan hidup nya adalah perjuangan memikul beban tugas tujuan hidup sebenar.Maka sensitif yang di maukan dan harus ditanamkan ialah sensitif pada jahil nya kita dalam mengekplotasi kemampuan diri itu sebaik baik nya.
Abah tidak punya kesempatan untuk menempati dan belajar ilmu di mana mana menara gading seperti yang anak anak perolihi sekarang.Abah tidak merasa kecewa dan abah tetap selalu merasakan tanpa kesempatan itupun abah bolih melakukannya dari arah yang lain.Lalu hasil nya abah berusaha untuk mermbuat sesuatu yang terbaik untuk diri abah juga untuk keluarga.Maka atas terjemahan rasa syukurlah yang membuat abah dapat melakukan tugas tanggungjawab seadanya pada keluarga dan semua orang orang yang ada hubungkait dengan usaha abah.Namun sebagai manusia biasa,abah tidak bolih lari dari keperluan keperluan asas naluri manusiawi yang mestinya bergantungan antara satu dengan lain.
Seorang guru takkan di gelar guru tanpa anak muridnya.Seorang guru yang baik juga tidak dapat mengajarkan sesuatu ilmu dengan baik dan berkesan tanpa kerjasama dari murid murid nya.Tetakala guru mengajar, mestinya ada perasaan hormat murid pada gurunya.Murid mestilah mendengar dengan cermat, tekun,dan sopan bila bertanya dan yang penting ada perasaan ingin belajar.Menakala ada sesuatu kekurangan pada diri guru,murid tidaklah bolih perotes.."Aku tak suka guru ini, aku ingin guru yang lebih baik", atau "Aku tak mau guru kelulusan diploma tapi aku mau guru yang ada izajah mengajar aku.."...
Bila syarat berguru tidak di patuhi, jadi proses pembelajaran tidak berlaku.Displin pembelajaran amat penting apatah lagi menuntut ilmu lehidupan yang lebih komplikated di luar sana.Itulah tamsilan yang bolih abah buat dalam menyingkap tabir hitam "Rumah Cantik Atas Bukit." Sesungguh nya tiada manusia sempurna atas muka bumi ini melainkan yang di utus ALLAH akan rasul junjungan yang di gelar AL AMIN, Manusia kekasih ALLAH itu benama MUHAMAD, Dialah contoh terbaik umat manusia.
Seorang pemimpin tidak dapat menjalankan peranan nya dengan baik tanpa sokongan, dorongan, kerjasama dan perasaan di pimpin olih pengikut pengikut nya, pembantu pembantu nya dan orang orang yang di bawah naungan nya.
Perhatikan tangan kiri kita dalam menyikapi kesibukkan tangan kanan untuk melaksanakan tugas.Tangan kiri tak pernah protes dalam melaksanakan tugas, walaupun tugas yang di lakukannya hampir semua melibatkan pekara pekara atau hal hal yang nampak tidak baik pada pandangan kita.Dari cuma melayani gerak tangan kanan,hingga mencuci najis di punggung kita.
Walhal tangan kanan, kita kira olih pandangan mata kita, melakukan tugasan baik, dari memegang barang yang kita suka, menyuap makanan hingga mengira wang, yang mendahului nya adalah tangan kanan.Tapi harus ingat, walaupun tangan kanan selalu mengira wang, bila membeli jam, tangan kiri yang memakai nya.
Pengajaran apa...dalam hidup ini, mestinya perasaan syukur di dahulukan.Tidak semua apa yang kita impikan di dunia ini tercapai.Berpada lah..Kita tak dapat semua dan kita tak hilang semua.Cuma manusia ini akan merasa kesal bila apa yang di milikki hilang semuanya.Susun bait bait pantun LATARWANGI menjelaskan semuanya.Mungkin sengaja tak kisah, dan tak kuasa untuk memahami apa pendidikkan dan pengajaran nya waktu ini...Barangkali setelah penyusun kata kata itu telah tiada,barulah nampak ada kebaikkan nya.
Abah bersikap mudah walaupun kadang kadang keras dalam pendirian abah mengenai sesuatu.Seperti selalu yang abah sebut dalam kesempatan kuliah pendek dan di kesempatan kesempatan lain yang ada.Bahawa ilmu matematik mengatakan 2 X 5 adalah sepuluh jawapan nya.Namun dalam kenyataan matematik kehidupan selalunya berbedza.Peluh keringat abah dan lain lain yang terlibat dalam usaha membangun rumah cantik atas bukit menjadi saksi bahawa semua itu lahir dari rasa tanggungjawab amanah terjemahan atas nama syukur.
Apapun kekurangan abah, janganlah jadikan alasan untuk abah di anggap menyusahkan,
Akhir kata, abah tetap sayang pada semua ahli keluarga abah, Abah tak pernah ada perasaan benci malah abah sentiasa tetap sentiasa di serang rasa gugup bila talipon berdering lewat malam, Selamat belajar dan berjaya kepada semua dan anak anak yang lain.
Abah tak kemana mana, tapi abah ada di mana mana. Doakan abah sihat selalu...
sekian.... wasalam..
Dari isi bag lama, ceritanya masih sama..5hb Disember 2013