HILANG SEKEJAP
Ambil Kakak
Kakak mintak izin untuk memetik pucuk daun ubi pulut di seberang parit depan rumah nya dulu, sebelum mengikuti aku balik.Laju kakak petik pucuk daun ubi yang muda2, Sekejap je dah dapat sepeluk sebelah tangan nya.
Cemas muka kakak, aku perhati dari titi dua batang pinang yang di letak melintang parit kecil, tempat aku berdiri sambil menunggu kakak siap memetik pucuk daun ubi pulut,Nak bawak balik bagi bapak katanya.Kakak kata, bapak suka makan sayur pucuk ubi pulut yang di masak urap atau masak sayur lemak.Memang selalu pun kakak bawak sayur pucuk ubi pulut bila kakak balik menziarahi bapak dan keluarga.Kakak akan masukkan sayur pucuk daun ubi pulut,dalam kantung kain bekas tepung cap kunci dan ikat di karya basikal yang di kayuh olih suami nya.Kalau tidak pun kakak akan bungkus sayur pucuk daun ubi itu dengan upih pinang lalu di ikat tali dan di gantung di handle basikal.
Rindu Kakak
Kakak dah siap petik sayur pucuk daun ubi pulut dan dah siap pun di ikat dengan tali pelepah pisang kering yang di lurut daun nya...Dah siap dah..!..kata kakak...Aku pandang dan sempat merenung kakak yang berbaju kurung putih, kain cotten dengan kain batik yang dah hampir kusam warna nya.Selendang panjang cuma di kalungkan di lehernya.Rambut kakak yang tak berapa panjang cuma di ikat dengan getah gelang, nampak bertocang kecil kebelakang.
Cemas hati kakak menampakkan tekanan di wajah nya yang agak kusam menyembunyikan wajah lembut dan ayunya.Rasa bersalah ku, membuat kakak cemas begitu.Aku kuis cebisan daun pisang kering berbalut sarang lelabah yang tersangkut di hujung rambut kakak.
Aku suruh kakak duduk baik2 di belakang tempat duduk motosikal honda 50 cc yang bapak baru beli dari Wak Yunus sebulan yang lepas.Motosikal honda kecil yang di bawa masuk dari singapura itu bergerak lancar melalui jalan benteng tepi sungai sepanjang perjalanan dari kampung kakak tinggal di Sungai Kluang, Rengit,hingga ke kampung Parit Tengah,Seri Merlong, kampung bapak tinggal.Jarak nya lebih kurang 5 batu.
Sesekali aku memberek mengejut dan membeluk2 bagi mengelak lubang dan lopak2 yang di penuhi air dari hujan yang turun malam tadi.
Terasa kakak memeluk dan memaut pinggang ku dengan kuat.Bila aku melakukan begitu, kakak tak henti2 pesan nya supaya aku berhati2.Walaupun cuma sebelah tangan kakak memeluk pinggang ku sementara sebelah tangan nya lagi memeluk bungkusan sayur pucuk ubi, namun itulah kehangatan dan kemesraan yang aku rasa dan rindukan selama aku berpisah dengan kakak.Tiada lah gamitan kuat yang membuat aku pulang ke kampung melainkan rasa rindu ku pada kakak yang ini.Sejak aku sekolah jauh dari kampung sehingga aku keluyuran kemana-mana sementara menunggu panggilan masuk sekolah lagi atau terus bekerja, aku jarang tinggal di kampung.Samada mengikut kawan2 bekerja apa saja di Johor Bahru atau masuk ke Singapura bekerja binaan di sana.Bila ada ruang untuk balik kekampung, maka rumah kakak lah yang aku singgahi.
Sepanjang perjalanan, tak banyak yang aku cerita atau bualan ku pada kakak.Sengaja aku lambatkan perjalanan itu,sambil mengelak2 lopak2 air, malah sengaja aku lajakkan laluan di atas rumput2 di tepi jalan sepanjang sungai.Bila motosikal dalam kaedaan tak stabil kakak akan galak memesankan agar berhati2 dan meminta supaya jangan laju2 sambil tangan nya kuat memaut pinggang ku.Merapatkan tubuh nya kebelakang ku untuk menjadikan motosikal bergerak dengan stabil.Aku suka kakak buat begitu kerana itu sebenar nya yang aku mau dan rindukan.
Rasa bersalah jugak dalam hati, kerana tidak memberitau pada kakak hal sebenarnya. Sengaja aku reka alasan " Bapak suruh kakak balik.."..ada hal penting....sebenar nya itu cuma helah ku, kerana aku yang rindu dengan kakak sebenarnya...
Bila sampai di rumah,Bapak belum balik dari kebun,Emak sibuk di dapur.Kakak terus naik ke rumah ikut pintu dapur, untuk tolong emak buat kerja dapur, masak dan siapkan makanan tengahari.Aku sorongkan motosikal masuk kolong bawah rumah dan buat kerja ku sendiri.
Aku dengar suara bapak balik dari kebun belakang rumah.Jelas aku dengar suara bapak menyapa kakak, Bila kakak sampai dan bertanyakan ada hal apa balik...?...juga tanyakan kenapa tak balik dengan suami sekali.
Lembut dan bersahaja je kakak jawab...Saje balik nak hantar sayur pucuk ubi yang bapak suka dan kebetulan adik kesana tadi.Dalam seminggu ni musim hujan, banyak pucuk ubi tumbuh kat seberang parit depan rumah.
Tengahari itu, bila kakak panggil makan, kakak pun tak cakap apa2..Cuma kakak cakap, nanti petang hantarkan kakak balik....Sambil mendekatkan pingan sayur dan lauk dekat depan ku..Kakak Kata, lain kali kalau lama tak balik kampung,..pergi je rumah kakak dan tido sana...Kakak tak marah pun, aku bohongkan dia tadi...huhuhu
Bapak Marah
Sunyi di ruang dapur, tiba2 aku dengar suara keriuhan di rumah atas,Dengar suara bapak marah dan mengamuk sebab aku tampal poster gambar seksi di bilikku.Poster gambar wanita seksi itu aku perolihi sebagai hadiah sewaktu membeli seluar jean berjenama pada waktu itu...Bapak kata..maksiat, nanti malaikat tak nak masuk rumah.Habis di koyak2kan semua poster itu dan di baling ke tanah.
Entah apa syaitan yang masuk di tubuh ku waktu itu, aku lawan kemarahan bapak...aku tanggalkan semua gambar2 lama, (gambar kaabah, kapal laut, burak) yang bapak bawa balik sebagai kenangan sewaktu bapak mengerjakan haji tahun 1954.Semua gambar2 yang terdapat di ruang rumah besar aku lontarkan ketanah..
Entah apa syaitan yang masuk di tubuh ku waktu itu, aku lawan kemarahan bapak...aku tanggalkan semua gambar2 lama, (gambar kaabah, kapal laut, burak) yang bapak bawa balik sebagai kenangan sewaktu bapak mengerjakan haji tahun 1954.Semua gambar2 yang terdapat di ruang rumah besar aku lontarkan ketanah..
Puncak kemarahan bapak, bapak halau aku dari rumah..mengikut darah mudaku dan panas hasutan syaitan...aku nekad keluar dari rumah, yang pada awal nya pun, aku tak tahu kemana nak tuju.
Kakak berdiri di atas tanah di hujung tangga anjung...Kakak cuba senyum lembut sambil mengusap2 muka nya dengan selendang panjang.Aku cuma lalu di depan nya..Kakak cuma memesankan agar baik2 dan pandai2lah jaga diri...Ada duit nanti simpan, katanya lagi...
Bulan pertama pemergianku dari kampung aku bekerja sebagai buruh binaan di Clementi di Singapura, Bekerja dengan seorang tauke cina yang mengambil kerja2 pembersihan di kawasan perumahan yang hampir siap.Kerja2 mengemas dan membersihkan sampah sarap,sebelum kawasan itu di serahkan kepada pemaju yang memajukan projek perumahan tersebut.Lebih kurang sebulan setengah aku bekerja di tempat itu, aku pindah bekerja ikut tauke cina yang lain,bila satu hari aku terjumpa dengan orang yang aku kenali bekerja di kawasan perumahan itu.Aku nekad untuk tidak mahu di ketahui olih sesiapa di mana aku berada dan bekerja.
Pertemuan dengan orang yang mengenali aku, akan menyebabkan mereka akan bercerita dengan rakan2 mereka yang mengenali aku, lalu akan sampai cerita itu di kampung nanti.
Pertemuan dengan orang yang mengenali aku, akan menyebabkan mereka akan bercerita dengan rakan2 mereka yang mengenali aku, lalu akan sampai cerita itu di kampung nanti.
Kerja Di Singapura
Tempat kerjaku yang baru tidak lah berapa jauh dari tempat yang mula2 aku bekerja.Mengikut seorang tauke cina yang menjalankan kerja2 pembinaan di kawasan perumahan baru,Kerja yang aku lakukan seperti mengikut arahan langsung dari tauke atau wakil nya untuk membersih dan memindahkan barang2 yang terlonggok seperti besi2 terpakai atau barang2 yang di kira menganggu laluan atau kawasan itu mahu di dirikan setor atau tempat simpanan barang yang baru sampai.Tugas ku sering berkeliaran dan meronda di kawasan pembinaan dengan sebuah kenderaan yang di panggil 'Dumper'...Seronok melakukan kerja tersebut, agak bebas, Sementara tempat tinggal ku berada di tingkat 6 di bangunan setinggi 20 tingkat. Sementara orang lain iaitu kumpulan buruh binaan membina kutai tempat tinggal nya di kolong bawah bangunan atau di tingkat satu, aku memilih untuk membina kutai sendiri dan tinggal berasing di tingkat 6, yang aku kira terhindar dari kebisingan dan hiruk pikuk pekerja binaan yang lain.Aku kirakan bila tinggal di tempat yang tinggi, nyamuk tidak ada di situ, rupanya sarang pembiakkan nyamuk ada di mana saja, asalkan ada takungan air di bangunan yang belum siap.
Lukis Komik
Bila masa tamat waktu kerja setiap hari, aku menghabiskan masa di kutai ku sendirian,Banyak masa aku habiskan dengan melukis komik dengan tajuk2 cerita yang aku reka sendiri.Melukis di atas kertas A4 menggunakan pen dan berus yang di celup dengan dakwat cina.Beberapa naskah nipis dapat aku siapkan untuk beberapa buah tajuk cerita yang menarik mengikut imigasi ku.Ada beberapa kawan yang aku kenali sewaktu bekerja di situ membaca komik yang aku hasilkan.Cukup puas di hatiku bila ada kawan yang meneliti dan membaca sampai habis dalam sebuah cerita bergambar yang aku lukis itu.Hanya ada dua naskah tajuk cerita yang tersimpan sehingga beberapa tahun selepas itu.Namun ia nya musnah hilang entah kemana di sebabkan keserabutan kaedaan, dalam berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Kemalangan
Satu pagi, ketika aku bekerja memindahkan besi2 terpakai dengan Dumper yang di serah khusus untuk kegunaan ku,Aku lihat orang ramai pada berlari riuh dan berkaedaan cemas menuju ke satu arah.Aku jadi panik dan ikut cemas.Aku pikirkan ada kejadian pergaduhan atau rusuhan kaum terjadi, Sebab petang semalam aku di ceritakan olih seorang kawan di tempat kerja tentang cerita rusuhan kaum di Singapura yang pernah terjadi lama dulu.Dari kaedaan suasana yang terjadi waktu itu, orang2 pada menjerit cemas dan berlari2 maka aku membayangkan betapa dahsyat dan ngerinya kaedaan yang akan berlaku. Lalu aku melompat turun dari Dumper yang sedang aku pandu itu, berlari mengikuti orang2 yang sedang menuju kesatu tempat.Dumper aku biarkan bergerak sendiri dengan muatan penuh besi2 terpakai menuju ke arah longkang konkrit. Tiada lagi anggapan positif yang menguasai pikiran aku waktu itu.
Apa yang aku pikirkan ialah turut menyelamatkan diri dari risiko terlibat dalam rusuhan kaum yang bakal terjadi nanti.Merapati kumpulan orang2 yang sedang berlari menuju kesatu tempat yang aku kirakan tempat persembunyian selamat dari tempias rusuhan...Rupa nya orang sibuk berlari untuk melihat satu kemalangan ngeri, ada pekerja binaan bahagian pengalian parit longkang tertunjam besi bulat berbunga dari atas bangunan. Besi sebesar 1 inci garispusat melorot kebawah ketika di angkut naik menggunakan kren.Berceracak merata di atas tanah,besi sepanjang 8 kaki bila ia melorot dari ikatan nya sewaktu cuba di punggah kebahagian paling atas bangunan setinggi 20 tingkat itu.Sebatang besi itu telah jatuh dalam kaedaan berdiri mengenai pekerja binaan yang sedang bekerja menggali tanah untuk membuat longkang saliran di tepi bangunan.
Bagaikan aksi dalam sebuah filem purba,Lelaki pekerja binaan yang di ketahui berasal dari muar Johor itu,memegang bahagian besi yang tembus dan terkeluar di bahagian hadapan dada nya.Besi sepanjang 8 kaki dengan saiz 1 inci garis pusat berbagi dua, separuh terkeluar di bahagian dadanya, sebahagian nya di bahagian belakang nya.Di beritau olih kawan2 sekerja nya...bahawa lelaki yang tertusuk besi itu, kemlangan ketika lelaki itu sedang membongkokkan badan nya dalam longkang tanah sewaktu menggali menggunakan cangkul.
Jiwa lelaki ku tak sanggup untuk melihat kaedaan yg terjadi.Sementara kereta ambulan, dan polis menjalankan kerja menyelamatkan lelaki yang kemalangan itu,Aku teringat Dumper yang aku lepaskan dari kawalan ku tadi.Bila aku berlari semula ke arah dumper yang aku tinggalkan tadi, orang sedang ramai berkerumun menyaksikan kemalangan yang lain pula.Dumper yang aku lepaskan dari kawalan ku tadi, rupanya telah menyasar, melanggar dan merosakkan sebuah kereta dan motosikal lalu merempuh longkang simen dan menjunam kedalam nya.Habis terperosok dumper dengan segala muatan besi terpakai terjunam dalam longkang.Merasakan ketakutan yang amat sangat di sebabkan kecuaian dan kesalahan yang telah aku lakukan...ooohh tidak....Sementara orang ramai belum dapat mengecam siapa yang menyebabkan kejadian itu, maka aku mengambil keputusan untuk keluar meninggalkan kawasan itu secepat mungkin sebelum tauke tahu aku telah melakukan kesalahan dengan merosakkan harta benda nya, termasuk sebuah kereta dan motosikal yang belum di ketahui pemilik nya.
Aku cuma sempat berlari ke kutai ku, mengambil bag kecil berisi sedikit pakaian dan sekotak peralatan melukis.Yang lain, aku pikirkan sudah tak penting lagi.
Ke Jurong
Aku menaikki teksi menuju ke arah Jurong, Kerana Jurong telah di sebut olih pemandi teksi itu, ketika aku lambat memberikan jawapan bila di tanya olih pemandu teksi, mahu kemana..?..Aku berhenti di sebuah perhentian bus yang agak lengang dibandingkan perhentian bus lain yang nampak sibuk dan ramai orang.Ketika aku bertenang mencari arah, aku lihat sekumpulan orang sedang mengerumuni sebuah lubang besar tak jauh dari perhentian bas tempat aku berdiri.Lama aku memerhati,sedikit demi sedikit menghilangkan rasa curiga dan aku percaya sekumpulan orang itu sedang menjalankan kerja pengalian, memandangkan ada sebuah kren saje di situ memunggah tanah dari dalam lubang.Tiada kesibukkan seperti di kawasan sebuah projek pembinaan perumahan, iaitu pemandangan biasa yang terdapat di merata Negara Singapura waktu itu.
Aku dekati kumpulan orang itu dan menanyakan ada kerja kosong atau tidak kepada seorang india yang kelihatan nya sebagai ketua di tempat itu.Dia memberitahu bahawa kumpulan nya sudah cukup orang tetapi kumpulan lain ada memerlukan pekerja lagi.Dia menunjukkan aku jalan di celah2 belukar, dan tak jauh dari situ ada pejabat tapak, untuk menemui ketua kumpulan yang di maksudkan itu.
Aku di terima bekerja, dan petang itu juga aku diminta menyertai kumpulan pekerja ship malam untuk memasukki lubang yang aku lihat siang tadi.Kemudahan tempat tinggal berupa kutai panjang di sediakan untuk pekerja seperi aku.Walaupun kutai dan pejabat tapak projek itu agak tersembunyi dalam kawasan belukar dan jauh dari kesibukkan, namun semua kemudahan lengkap.Kantin, kedai runcit semua ada di kawasan itu.Rupa nya banyak terdapat lubang besar di kawasan itu yang jarak nya satu kilometer antara satu dengan yang lain.Setiap pekerja yang memulakan tugas dalam lubang itu di mestikan meninggalkan pasport perjalanan di pejabat tapak dengan menyerahkan pasport kepada ketua setiap kumpulan.Supaya mudah melakukan semakkan butiran pekerja sekiranya berlaku sesuatu kejadian tidak di ingini berlaku ketika melakukan kerja2 pengalian dalam lubang besar seterusnya menyusur terowong dalam tanah.
Terowong Bawah Tanah.
Memasukki lubang besar menggunakan tangga besi, menuruni anak tangga dengan kedalaman 10 meter. Menaikki lokomotif yang di gerakkan menggunakan kuasa bateri untuk menuju ke point pengalian sejauh 800 meter.Setiap 1 kilometer akan bertemu dengan lubang besar yang lain.Hawa dalam terowong itu sentiasa sejuk.Dipasang kipas dan mesen penyedut udara dari atas permukaan bumi.Sepanjang terowong di terangi lampu dari kuasa letrik yang di salur dari generator yang sentiasa bekerja.Landasan keretapi/lokomotif sepanjang terowong yang di bena.Tugas kumpulan pekerja ialah memasukkan tanah yang telah di korek olih mesen berkuasa hidrolik menggunakan skop memasukkan kedalam gerabak logam yang di tarik olih lokomotif untuk di bawa keluar melalui lubang besar. Sebahagian pekerja yang mahir dan terlatih, bertindak memasang kepingan blok konkrit pada bahagia tanah yang telah di keluarkan tadi.Kerja pengalian di lakukan terus menerus, iaitu 24 jam sehari.Dibahagikan kepada 3 kumpulan.Setiap kumpulan akan bertugas selama 8 jam bekerja dalam terowong dalam tanah.
Kepingan blok konkrit itu bila di cantumkan lengkap, akan membentuk sebuah bulatan bersaiz 6 meter garispusat.Mengikut keterangan yang telah di berikan, terowong yang di bena nanti akan bertindak sebagai saluran najis atau longkang besar dalam tanah meliputi seluruh Pulau Singapura,
Aku serasi dan seronok bekerja di situ bersama kawan sekerja yang baru di kenali.Mereka kebanyakkan nya berasal dari utara semenanjung, seperti kedah,pulau pinang dan utara perak.Masuk bulan kedua, aku bekerja di tempat itu, aku di tugaskan untuk menjaga lubang besar, memberi isyarat kepada pemandu kren untuk menurunkan tali bagi mengangkat keluar gerabak logam berisi tanah selut dan di buangkan ke atas permukaan bumi.Satu kemahiran dan kecekapan memberikan isyarat terpadu kepada pemandu kren agar gerabak yang di tarik keluar tidak bergesel dengan dinding lubang besar, berkemungkinan merosakkan kelengkapan yg ada, di khuatiri juga dinding akan runtuh.Banyak waktu rehat sementara menanti kedatangan gerabak2 logam berisi tanah selut yang di tarik olih lokomotif dari terowong dalam tanah.Kesempatan untuk berbual dengan pemandu kren berpengalaman serta belajar cara2 mengendalikan kren.
Satu hari pemandu kren tak datang bekerja,dimaklumkan pemandu kren melancarkan mogok di sebabkan gaji yang di perolihi tidak setimpal dengan pengalaman dan kemahiran yang dia ada.Menjadi satu kesulitan bila pemandu kren tidak datang bekerja, akibat nya semua kumpulan tidak dapat bekerja kerana tanah selut yang di gali tak dapat di keluarkan
Olih kerana seorang pemandu kren tak datang bekerja, maka semua operasi pengalian tak dapat di jalankan. Para pekerja merasa kerugian kerana tak dapat bekerja bermakna gaji tak ada.
Pengurus tapak projek merasa susah hati dan terpaksa mencari pemandu kren yang baru yang tak mendatangkan masaalah untuk kerja2 berjalan lancar.Sementara mencari pemandu kren yang baru kerja2pengalian terpaksa di tangguhkan, bermakna satu kerugian melibatkan banyak pekara yg bersangkutan.Sementara menunggu pemandu kren yang baru di perolihi, mungkin memakan masa beberapa hari,Pengurus projek bertanyakan kepada semua pekerja, ada sesiapa kalangan pekerja bolih memandu kren.Olih kerana tapak projek berada dalam kawasan yang agak tersorok dari penempatan awam dan pemantauan pihak berkaitan engin dan jentera,maka ketua kumpulan dengan ketua operasi telah memberitahu kepada pengurus projek, bahawa aku bolih memandu kren buat sementara.
Teringat-ingat Kampung.
Pada hari itu, semua pekerja bercuti sebab cuti umum yang di wartakan olih kerajaan Singapura.Semalam kebetulan hari semua pekerja menerima gaji.Aku merancang untuk masuk ke Johor Bahru, bagi memperbaharui chop pasport di imigresen Johor Bahru.Peraturan yang telah di tentukan, pelawat yang memasukki Singapura, hanya di benar berada di singapura selama 2 minggu sahaja.Melainkan kemasukkan seseorang itu bertujuan untuk bekerja dan menggunakan permit kerja yang sah.Sedangkan kemasukkan aku ke singapura adalah sebagai pelawat biasa yang menggunakan pasport terhad, maka setiap 2 minggu sekali, aku mesti memasukki Johor Bahru untuk tujuan mendapatkan pengesahan kemasukkan baru.
Dalam perjalanan ke Tambak Johor untuk memasukki komplek imigresen dan kastam, perasaan ku begitu sayu dan sangat2 merasakan kerinduan pada kampung halaman yang lebih 6 bulan aku tinggalkan.Wajah kakak dan bapak, begitu jelas terbayang dan suasana kampung begitu mengamit untuk aku pulang.Aku saja menepis gamitan itu, membayangkan bagaimana bapak begitu marah pada ku, waktu aku melawan kemarahan nya dulu.Sengaja aku membuang masa menyusur bandar Johor Bahru, sambil mengenang dan mengingati teman2 yang pernah aku perkawan dengan nya sebelum ini, namun aku tak berhajat untuk menemui mereka.
Melihatkan paparan poster wayang yang di tampal pada dinding panggung, timbul keinginanku untuk memasukki panggung bagi melupakan apa yang bersarang di kepala.Sementara menunggu masa untuk masuk semula ke singapura sebelah petang nya, aku membeli tiket wayang di panggung Jalan Ah Fook.
Begitu kuat tarikkan nya di hati ini untuk pulang kekampung,Tiada lah tumpuan ku pada cerita wayang yang sedang di tayangkan waktu itu, walaupun cerita Kung Fu cina yang selalu menjadi kesukaan ku, namun desakkan untuk segera pulang begitu kuat dan terasa sayu dan sebak dada ini untuk menolak lambaian kampung halaman.Aku segera bangun dan terus keluar dari panggung wayang, walaupun cerita nya belum habis.Aku segera mendapatkan teksi untuk menuju kekampung ku yang mengambil jarak perjalanan sekitar 3 jam menggunakan bas awam.Lagi pun waktu itu tak memungkinkan untuk aku sampai kekampung menggunakan perkhidmatan bas, sebab perjalanan yang terhenti2 dan bersambung bas lain, akan menyebabkan aku tak dapat terus sampai kekampung halaman, kerana bila aku sampai je di pekan Benut, tiada lagi bas atau kenderaan yang bolih membawa aku ke kampung ku, sebab hari sudah malam.
Teksi meminta aku membayar rm60.00 untuk terus sampai kekampung ku,Tapi itu pun bergantung pada kaedaan jalan, Sekiranya teksi tak bolih memasukki jalan kekampung ku atau jalan terlalu becak, teksi akan menurunkan aku ke tempat terakhir di mana teksi bolih masuk.Aku bersetuju...Sewaktu teksi melalui jalan raya melewati pekan2 kecil seperti Pekan Nenas,Pontian,Air Baloi,Sanglang,seterusnya Pekan Benut,perasaanku macam tak sabar untuk cepat sampai ke kampung halaman.Melalui Pekan Tampok dan membeluk untuk terus ke Parit Betak lalu memasukki kampung ku,..tiba2 aku sebak dan suluhan lampu teksi menyuluh jalankampung yang belum berturap grewel apatah lagi aspal,membuatkan aku tiba2 mengalirkan air mata.Syukur perjalanan teksi terus sampai di halaman rumah bapak.Tiada menempuh jalan becak dan licin sebab tiada hujan turun nampak nya dalam seminggu itu.Rasa gembiraku pada perjalanan malam itu, Aku tambahkan rm10.00 lagi pada pemandu teksi yang menghantar ku sampai kerumah pada malam itu.
Suasana kampung yang sepi dan gelap, tiada lagi bekalan lampu letrik dan paip air sebagai kemudahan asas yang di salurkan kekampung ku waktu itu.Bila teksi berpatah balik, aku segera mengetuk pintu rumah tanpa memberi salam.Rupanya pintu tak berkunci dan aku terus menuju ke rumah tengah, kerana aku lihat bapak ada di situ bersandar di tiang seri rumah menghadap pelita minyak tanah sambil memulas2 rokok daun nya.
Rasa gementar untuk menghadapi bapak hilang di sebalik rasa suka ku dapat sampai kekampung ku pada malam itu.
Jam sepuloh malam, sudah menampakkan susana nya begitu lewat kalau di kampung2 waktu itu.Aku lihat emak yang belum tidor berbaring di sebelah adik2 yang masing2 sudah tidor nyenyak.Aku duduk bersandar dinding menghadap bapak, sebelah kiriku ruang berbaring emak dan adik2 yang lain.
Kakak Kembali Ke Rahmatullah.
Tiba2 aku terdengar suara bayi menangis dan emak segera membetulkan kedudukkan bayi itu, menyalinkan lampin nya, menangis kerana basah lampin nya..Belum sempat aku melontar soalan, bapak spotan memberitahu, bahawa bayi itu anak saudara mu....anak kepada arwah kakak mu yang meninggal baru2 ini....
.Innalillahi..wainalililahirojiun.....Al Fatihah untuk Kakak...
Kakak telah kembali ke Rahmatullah sewaktu aku hilang dari kampung halaman.....
5hb november 2013 bersamaan 1 muharam 1435...Wilalong Mengenang.9.59pm